Skip to main content

Cash Rebate Shaklee Untuk Supplement Percuma

Sepanjang 12 tahun saya bekerja sebagai pengedar dan leader Shaklee, tak terkira banyak kali saya dapat komen daripada ramai orang, yang mereka TAK MAMPU NAK BELI SUPPLEMENT setiap bulan. 

Berdasarkan pengalaman saya, persoalan tidak mampu untuk beli supplement setiap bulan, sebenarnya sangat subjektif, tergantung kepada beberapa faktor : 

  1. Keutamaan perbelanjaan dalam keluarga - pada kebanyakan masa, jika ada keperluan yang mendesak, bajet untuk supplement akan dikorbankan terlebih dahulu. 

  2. Gaya hidup - ada keluarga yang memang tidak mengamalkan apa-apa produk kesihatan, jadi untuk beli setiap bulan adalah sesuatu yang tidak mudah, walaupun mereka ada bajet untuk membeli.

  3. Tahap kesihatan - ramai orang beranggapan, supplement hanya dimakan apabila sudah ada masalah kesihatan, kesedaran pencegahan penyakit di kalangan rakyat Malaysia memang masih rendah.
Bagaimana pulak dengan golongan yang mampu dan membeli supplement dengan konsisten setiap bulan? 

Apakah yang mempengaruhi mereka? 

Berdasarkan pengalaman saya juga, ada 3 kategori pelanggan Shaklee saya yang sangat konsisten membeli supplement Shaklee setiap bulan, iaitu : 

  1. Pengamal supplement tegar - kebiasaannya mereka telah amalkan supplement Shaklee di antara 3 hingga 6 bulan dan serasi dengan keberkesanan supplement Shaklee ke atas kesihatan diri sendiri dan keluarga. Mereka ini memang ada bajet untuk beli supplement setiap bulan, macam mereka beli barang dapur juga! 

  2. Mereka yang ada masalah kesihatan - golongan ini biasanya memerlukan nutrisi lengkap dalam bentuk supplement untuk proses pemulihan daripada penyakit ataupun sebagai usaha untuk menyekat penyakit daripada semakin kritikal. Jadi mereka wajib membeli supplement Shaklee setiap bulan bagi tujuan kesihatan. 

  3. Ahli Shaklee yang aktif berkongsi kebaikan produk Shaklee dengan orang lain - walaupun mereka bukan pengedar aktif dan bukan juga leader, tapi disebabkan mereka sangat rajin berkongsi dengan kawan-kawan dan keluarga, secara tidak langsung mereka konsisten membeli produk Shaklee setiap bulan. 
Untuk kategori nombor 3, sebenarnya ramai yang tidak tahu, ahli Shaklee boleh menikmati produk Shaklee secara percuma melalui cash rebate atau yang kami panggil sebagai BONUS SHAKLEE setiap bulan. 

Yes, anda tidak perlu jadi pengedar aktif atau mencapai apa-apa rank pun untuk memperolehi bonus Shaklee setiap bulan! Let me explain >>>



Berikut adalah 5 perkara yang anda perlu tahu supaya anda boleh nikmati produk Shaklee dengan percuma dengan adanya cash rebate atau bonus Shaklee setiap bulan. 

1- SEMUA AHLI SHAKLEE boleh menikmati cash rebate atau bonus Shaklee ini, tidak kira samada anda adalah ahli biasa, ataupun leader. 


2- Peluang untuk dapat cash rebate atau bonus Shaklee ini adalah serendah RM24 sehingga RM1000++ dan ke atas, mengikut jumlah belian masing-masing setiap bulan. 

3- Setiap belian yang dibuat oleh ahli mesti mencapai minimum 150UV untuk layak mendapat bonus minima RM24.

4- Setiap belian dikira secara terkumpul selama 30/31 hari setiap bulan. Apabila bermula bulan baru, kita semua bermula dari 0 belian dan 0 UV. 

5- Lebih banyak UV dikumpulkan, lebih tinggi peratus bonus yang ditawarkan dan lebih lumayan cash rebate atau bonus yang ditawarkan. 



Setiap bulan, ada ramai pelanggan-pelanggan PAF Network yang menikmati cash rebate Shaklee, hanya sebagai pengguna biasa sahaja. Saya kongsi di sini jumlah belian yang melayakkan anda mendapat cash rebate atau bonus Shaklee setiap bulan. Ini adalah cara bijak supaya anda boleh guna semula ganjaran tunai tersebut untuk menampung semula pembelian produk Shaklee, tanpa mengeluarkan bajet yang tinggi setiap bulan. 


Setiap ahli Shaklee memang layak untuk menikmati cash rebate atau bonus tunai ini walaupun anda tidak ada apa-apa rank ya. Jadi ambil peluang ini untuk dapat cash bonus, hanya sebagai pengguna setia.  Shaklee membayar bonus tunai untuk semua ahli yang layak setiap bulan, tidak pernah gagal Alhamdulillah. Jadilah pengguna bijak, beli produk Shaklee, amalkan untuk kesihatan, dapat bonus tunai dan boleh tampung belanja beli supplement setiap bulan. 


#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
----
Master Puteri @ Coach Gula
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.
Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty
----
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.




Comments

  1. Wah...info yg sangat menarik...best ada bonus tambahan setiap bulan..

    ReplyDelete
  2. Info yang bagus untuk mereka yg mau cari side income atau mau jadikan sebagai sumber pendapatan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

5 Aplikasi Wajib Bisnes Online

Sekiranya anda baru nak mulakan bisnes online, anda kena kenal 5 aplikasi wajib ini, yang boleh memudahkan anda untuk menjalankan aktiviti pemasaran setiap hari.  Aplikasi-aplikasi yang saya kongsi ini boleh didapati secara percuma dan sangat mudah digunakan.  1- Canva  Canva adalah aplikasi yang membantu kita merekacipta bahan pemasaran. Apa yang menariknya aplikasi Canva menyediakan banyak template-template untuk kita terus guna. Antara template yang popular digunakan ialah : poster flyers kad nama  brosur klip video logo  Canva juga terdapat dalam versi berbayar, yang mana kita ada lebih banyak pilihan template, gambar, video dan lain-lain bahan untuk konten pemasaran. Sebelum ini Canva hanya boleh digunakan di laman web, tetapi kini sangat mudah dengan aplikasi canva di telefon pintar.  2- WhatsApp Business Ramai orang kenal apa itu WhatsApp, tapi tidak semua orang tahu kelebihan menggunakan WhatsApp Business.  WhatsApp Business adalah aplikasi yang lebih mesra untuk pemilik bisnes

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Kulit Kering

Assalamualaikum semua dan salam cukup manis :')  Hari ini kita dah pun masuk 14 Ramadhan, bermakna separuh bulan sudah berlalu, dan tak lama lagi kita akan menyambut Syawal. Kebiasaannya minggu ke-3 dan ke-4 Ramadhan orang akan "gear up" untuk persiapan Syawal seperti juadah raya dan baju raya. Tetapi ramai juga yang nak "kurus sebelum raya" dan "kulit cantik sebelum raya", betul tak? Untuk vitamin kulit supaya dapat kulit cantik berseri sebelum raya ni, Coach boleh tolong anda dapatkan penyelesaiannya, dengan harga rahmah mampu milik Insha Allah.  Masalah kulit kering di bulan Ramadhan  Antara masalah utama kulit kita di bulan Ramadhan, ialah masalah kulit kering.  Masalah kulit kering ini pula akan menyebabkan parut lambat pudar, dan lama kelamaan, kulit akan jadi kusam dan cepat berkedut. Kulit kering juga boleh menyebabkan mekap jadi tidak cantik seperti yang kita mahu. Jadi bayangkan selama sebulan kulit kita kering, mestilah menjelang raya nanti

5 Kepentingan Vitamin C Shaklee

Vitamin C memainkan peranan yang sangat penting bagi menyokong sistem tubuh yang sihat. Permintaan vitamin C Shaklee sentiasa tinggi, terutamanya semasa negara kita diserang virus covid 19.  Kesedaran masyarakat untuk menguatkan sistem pertahanan tubuh daripada serangan virus, terus meningkat dan vitamin C Shaklee memang sentiasa menjadi pilihan.  Dan kini dengan berita tentang siapsiaga Kementerian Kesihatan Malaysia menghadapi serangan virus X pula, jadi tidak salah sekiranya amalan pengambilan vitamin C Shaklee diteruskan oleh orang ramai.  Vitamin C adalah sejenis vitamin larut air, bermakna tubuh kita tidak akan menyimpan vitamin C di dalam badan, dan lebihannya akan dibuang melalui air kencing. Ini bermakna vitamin C perlu sentiasa cukup diambil setiap hari.  Oleh kerana tubuh kita tidak dapat menghasilkan vitamin C sendiri , jadi kita mesti mendapatkan vitamin C daripada makanan ataupun supplement. Antara makanan yang kaya dengan vitamin C termasuklah :  Buah : oren, lemon, bua