Sekelip mata rasanya, kita sudah pun tiba di penghujung Syawal. Sejak 1 Syawal, tak putus-putus lagi undangan open house, jamuan raya dan mini reunion. Kelaziman di Malaysia, bulan Ramadhan kita pesta makan, bulan Syawal apatah lagi, mencurah-curah rezeki makan dan makan.
Saya terhibur membaca komen kawan-kawan di Facebook selepas saya memuatnaik kenyataan di atas. Macam-macam alasan ye selepas raya memang susah nak mulakan diet untuk kawal semula berat badan yang naik.
Adilah Abdullah,
"Hujung bulan dah kenduri kahwin, cuti sekolah..."
Ummi Hai,
"Sambung lagi raya haji, lepas tu Deepavali pulak"
Cikgu Lina Hashim,
"Non stop event sepanjang bulan May!"
Che Su,
"Takyah diet laaaa"
Hahahaha! Jenuh lah macam ni, sedar-sedar dah hujung tahun gais!
Ok takpe jangan susah hati, Coach nak share dalam entri kali ini, 3 TIPS KAWAL BERAT BADAN SELEPAS RAYA.
Tips #1 : Puasa sunat Syawal
2 minggu selepas berhari raya, dan apabila anak-anak dah kembali ke sekolah, Coach terus berpuasa sunat, sebagai langkah untuk mengawal semula selera dan "sugar cravings". Puasa sangat berkesan untuk "reset" semula diet yang dah lintang pukang selepas lama bercuti raya. Kebetulan pula, Coach dah mula rasa sistem penghadaman dah mula meragam. Ada hari perut rasa berangin dan sebu, ada hari tak lawas buang air besar dan ada hari rasa pedih seperti gastrik. Ini adalah tanda-tanda penting untuk Coach supaya cepat-cepat berpuasa dan rehatkan sistem penghadaman. Seminggu berpuasa, berat badan Coach yang naik dekat 2 kilo masa raya, kembali ke berat ketika berpuasa Ramadhan. Senang sangat kan?
Tips #2 : Detoks 5 hari
Selepas dah berjaya puasa sunat Syawal, Coach sarankan kita buat detoks 5 hari, mengikut Pelan Detoks Shaklee. Tujuan kita detoks ialah untuk bantu deria rasa menolak makanan-makanan manis seperti kuih muih dan junk food, menyihatkan sistem penghadaman, mengurangkan radang dalam tubuh dan memulihkan tenaga (ramai rasa lesu kan sepanjang pesta beraya sakan?)
Coach kongsikan di sini secara ringkas, apa yang kita lakukan semasa 5 hari detoks.
Langkah detoks pertama : Berhenti makan makanan-makanan yang berikut :
❌ nasi, noodles, bread, wrap, pasta
❌ kuih muih, pastries, kek, aiskrim
❌ sos, dressing etc
❌ canned food, instant, frozen food
❌ fast food of course
❌ minuman manis
Langkah detoks kedua : Kita fokus makan makanan yang berzat dan berkhasiat :
✅ protein haiwan - telur, ikan, ayam
✅ sayuran berdaun hijau
✅ buah-buahan yang rendah gula
Antara contoh menu yang kami makan ketika berdetoks adalah seperti di dalam gambar-gambar ini. Untuk menu-menu sepanjang detoks 5 hari, Coach ada compile di Instagram Detox Queen.
Langkah detoks ketiga : Beri nutrisi yang lengkap untuk organ-organ detoks dengan supplement Shaklee
✅ ESP
✅ Alfalfa
✅ Herb-Lax
✅ DTX Complex
✅ Vivix
Terdapat 4 tujuan kita mengambil supplement di atas iaitu :
Pertama, membantu proses penghadaman
Kedua, memberikan rasa puas makan tanpa perlu makan dengan banyak
Ketiga, memulihkan tenaga
Keempat, membersihkan sistem detoks tubuh daripada makanan dan minuman tinggi toksin
Dengan adanya supplement yang berkualiti tinggi, tujuan detoks akan lebih mudah dicapai Insha Allah.
Tips #3 : Amalkan Set Hello New You
- Set Hello New You membantu membekalkan tubuh kita dengan zat lengkap seharian.
- Set Hello New You membantu proses penghadaman menjadi lebih lancar.
- Set Hello New You membantu proses pembakaran lemak lebih efisyen.
Master Puteri @ Coach Gula WhatsApp : https://CoachGula.wasap.my
Daftar Ahli Shaklee hanya RM35 sahaja Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online. Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty ---- PENAFIAN : Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf. |
Comments
Post a Comment