Skip to main content

Zat Lengkap Setiap Hari Dengan Vita-Lize Shaklee

Dalam laporan Global Nutrition Report 2018, mendapati rakyat Malaysia dibebani oleh 3 masalah nutrisi utama iaitu:

  • berat badan berlebihan
  • kurang zat besi
  • pertumbuhan terbantut
Masalah nutrisi ini dikenali sebagai "tripple burden" memberi kesan kepada tahap kesihatan rakyat Malaysia secara keseluruhan. Lebih menyedihkan "tripple burden" yang kita alami ini lebih serius berbanding negara-negara kurang maju seperti di Afrika. 

Terdapat pula satu kajian yang dijalankan oleh Khazanah Research Institute, diketuai oleh pakar ekonomi tersohor iaitu Profesor Jomo Kwame Sundaram, mendapati rakyat Malaysia terdedah kepada masalah kualiti makanan yang tercemar dengan racun perosak.

Makanan yang tercemar ini pula akan memberi kesan kepada kesihatan pengguna. Rakyat Malaysia mengalami kesukaran untuk mendapat zat yang lengkap daripada makanan harian, walaupun makanan tersebut adalah dari sumber semulajadi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. 

Tanda-tanda Tubuh Kekurangan Vitamin dan Mineral

Tubuh kita memerlukan vitamin dan mineral bagi mengekalkan fungsi yang sihat dan cergas. Pengambilan vitamin dan mineral dalam bentuk supplement diperlukan : 
  • mengisi jurang nutrisi setiap hari 
  • meningkatkan tahap tenaga
  • menambahbaik mood dan emosi 
  • mengurangkan tekanan 
Tanda-tanda umum yang menunjukkan tubuh kita kekurangan vitamin dan mineral adalah seperti : 
  • Kurang zat besi : tubuh lemah dan mudah letih, tangan dan kaki mudah sejuk 
  • Kurang zink : Rambut dan kuku rapuh
  • Kurang kalsium, kurang vitamin B
  • Kurang vitamin D : Mood tidak stabil 
  • Kurang kalsium : Denyut jantung laju  
Ini adalah tanda umum sahaja, untuk mendapatkan maklumat lebih tepat, adalah lebih baik kita melakukan ujian darah secara berkala setiap 6-12 bulan. 

Solusi Zat Lengkap Dengan Vita-Lize Shaklee



Shaklee menyediakan solusi bagi tubuh badan kita dengan vitamin dan mineral yang lengkap setiap hari. Dengan pengambilan supplement Vita-Lize, kita dapat mengurangkan risiko kekurangan zat penting, yang boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lain.




Setiap hidangan Vita-Lize menyediakan 25 jenis vitamin dan mineral penting, 600mcg asid folik, dan vitamin B. Vita-Lize dicipta supaya ia mudah diserap oleh tubuh badan dengan adanya sistem salutan mikro yang dipatenkan oleh Shaklee. 

Senarai lengkap vitamin dan mineral di dalam Vita-Lize adalah seperti berikut : 

Vitamin A (as vitamin A acetate an beta carotene) 2000 IU
Vitamin C (as ascorbic acid) 60 mg
Vitamin D (as cholecalciferol) 350 IU
Vitamin E (as alpha tocopheryl aci succinate) 30 IU
Thiamin (as thiamin mononitrate) 0.75 mg
Riboflavin 0.85 mg
Niacinamie 10 mg
Vitamin B6 (as pyridoxine hydrochloride) 1 mg
Folate (as acid folic) 300 mcg
Vitamin V12 (as cyanocobalamin) 3 mcg
Biotin 150 mcg
Panthothenic Acid (as d-calcium pantothenate) 5 mg
Calcium (as dicalcium phosphate) 225 mg
Phosphorus (as calcium phosphate) 173.9 mg
Iodine (as potassium iodide) 75 mcg
Magnesium (as magnesim oxide) 100 mg
Zinc (as zinc gluconate) 6.75 mcg
Selenium (as L-Selenomethionine) 35 mcg
Copper (as copper gluconate) 0.8 mg
Manganese (as manganese gluconate dihydrate) 1 mg
Chromium (as chromium amino acid chelate) 60 mcg
Molybdenum (as molybdenum glycinate) 37.5 mcg
Boron 9 mcg
Iron (as ferrous fumarate) 9 mg
*NEW! Vitamin K (as phytonadione) 40 mcg

Dari Vita-Lea Iron Plus ke Vita-Lize

Vita-Lize adalah formula baru multivitamin & multimineral, yang sebelum ini terdapat dalam supplement bernama Vita-Lea Iron Plus. Terdapat sedikit perbezaan kandungan vitamin dan mineral di dalam Vita-Lize berbanding Vita-Lea Iron Plus. 

Dalam formula baharu Vita-Lize ini, vitamin A hanya ada 2000 IU (berbanding 2310 IU di dalam Vita-Lea Iron Plus), vitamin D ditambah menjadi 350 IU (berbanding 200 IU di dalam Vita-Lea Iron Plus), Acid Folic ditambah menjadi 300 mcg (berbanding 200 mcg di dalam Vita-Lea Iron Plus) dan Vita-Lize mengandungi vitamin K1, yang tidak ada di dalam Vita-Lea Iron Plus. 



Siapakah Yang Perlu Amalkan Vita-Lize Shaklee?

Vita-Lize Shaklee diformulasi untuk orang dewasa, samada yang sihat atau yang mengalami masalah kesihatan akibat kekurangan vitamin dan mineral. Kumpulan orang yang utama, wajib mengambil Vita-Lize setiap hari ialah :

  • Orang yang ada masalah berat badan tidak mencukupi
  • Orang yang ada masalah berat badan berlebihan 
  • Orang dewasa yang aktif
  • Ibu hamil dan menyusu
  • Orang dewasa yang kerap mengalami stress
  • Orang dewasa tidak dapat diet seimbang 

Kesimpulan 

Tubuh badan kita akan beri tanda-tanda bahawa ia tidak menerima vitamin dan mineral yang secukupnya. Tetapi pada kebanyakan masa, kita tidak ambil peduli dan tidak perasan, sehinggalah tahap kesihatan kita benar-benar terjejas dan mula mengganggu rutin harian kita. 

Jadi sebelum kita sakit, amalkan Vita-Lize sebagai usaha untuk memenuhi keperluan zat harian kerana sememangnya sukar untuk kita penuhi semua keperluan vitamin dan mineral secukupnya dari pagi ke malam. Vita-Lize adalah pilihan yang mudah dan selamat untuk anda mulakan hari ini. 


#nextlevelblogging 
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

----
Master Puteri @ Coach Gula
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.
Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty
----
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.
 

Comments

  1. Dulu Saya fikir supplements atau vitamin ni hanya untuk orang yang berumur sahaja, tapi sejak anak saya kerap sakit kepala baru saya tahu supplements ni boleh ja diambil oleh semua peringkat untuk mencukupkan keperluan badan seseorang.

    ReplyDelete
  2. huhuhu.. masuk dalam kategori bantut laa ni, anak darjah 2 pun dah tinggi telinga kita.

    macam sedih bila baca makan sayur banyak pun, tak dapat khasiat sepatutnya sebab oencemaran.

    ReplyDelete
  3. Thx for the sharing put! Alhamdulillah bila ada knowledge dikongsi macam ni, lagi faham fungsi supplements dan yakin nak consume supplements untuk kesihatan in shaa Allah :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

5 Kepentingan Vitamin C Shaklee

Vitamin C memainkan peranan yang sangat penting bagi menyokong sistem tubuh yang sihat. Permintaan vitamin C Shaklee sentiasa tinggi, terutamanya semasa negara kita diserang virus covid 19.  Kesedaran masyarakat untuk menguatkan sistem pertahanan tubuh daripada serangan virus, terus meningkat dan vitamin C Shaklee memang sentiasa menjadi pilihan.  Dan kini dengan berita tentang siapsiaga Kementerian Kesihatan Malaysia menghadapi serangan virus X pula, jadi tidak salah sekiranya amalan pengambilan vitamin C Shaklee diteruskan oleh orang ramai.  Vitamin C adalah sejenis vitamin larut air, bermakna tubuh kita tidak akan menyimpan vitamin C di dalam badan, dan lebihannya akan dibuang melalui air kencing. Ini bermakna vitamin C perlu sentiasa cukup diambil setiap hari.  Oleh kerana tubuh kita tidak dapat menghasilkan vitamin C sendiri , jadi kita mesti mendapatkan vitamin C daripada makanan ataupun supplement. Antara makanan yang kaya dengan vitamin C termasuklah :  Buah : oren, lemon, bua

5 Aplikasi Wajib Bisnes Online

Sekiranya anda baru nak mulakan bisnes online, anda kena kenal 5 aplikasi wajib ini, yang boleh memudahkan anda untuk menjalankan aktiviti pemasaran setiap hari.  Aplikasi-aplikasi yang saya kongsi ini boleh didapati secara percuma dan sangat mudah digunakan.  1- Canva  Canva adalah aplikasi yang membantu kita merekacipta bahan pemasaran. Apa yang menariknya aplikasi Canva menyediakan banyak template-template untuk kita terus guna. Antara template yang popular digunakan ialah : poster flyers kad nama  brosur klip video logo  Canva juga terdapat dalam versi berbayar, yang mana kita ada lebih banyak pilihan template, gambar, video dan lain-lain bahan untuk konten pemasaran. Sebelum ini Canva hanya boleh digunakan di laman web, tetapi kini sangat mudah dengan aplikasi canva di telefon pintar.  2- WhatsApp Business Ramai orang kenal apa itu WhatsApp, tapi tidak semua orang tahu kelebihan menggunakan WhatsApp Business.  WhatsApp Business adalah aplikasi yang lebih mesra untuk pemilik bisnes

Mengapa Saya Memilih Vitamin Shaklee

Perkongsian kali ini membawa saya mengimbau kenangan lebih 12 tahun yang lalu. Ketika itu saya hamil anak kedua, dan mencari-cari produk untuk berpantang dan menyusu.  Selepas bersalin anak pertama, saya ada menggunakan produk herba, sepanjang tempoh berpantang. Saya dapati produk yang saya guna tidak beri apa-apa kesan yang saya idamkan.  Saya ambil masa hampir sebulan untuk pulih selepas bersalin secara c-section.  Berat badan saya selepas bersalin ambil masa dekat setahun untuk kembali ke berat badan normal.  Oleh kerana saya juga bekerja sepenuh masa ketika itu, saya mengalami masalah untuk mengepam susu yang cukup untuk bekalan anak ketika saya bekerja (saya berjaya mengepam dan direct feeding anak pertama selama 15 bulan, Alhamdulillah).  Pengalaman anak pertama ini membuatkan saya mencari penyelesaian baru untuk anak kedua.  Saya mahu pulih segera selepas c-section (anak kedua juga adalah planned c-section).  Saya mahu berat badan kembali ke berat normal, sekurang-kurangkan dala