Skip to main content

5 Jenis Kerja Dari Rumah Dengan Pendapatan Lumayan

Saya teringat satu insiden lucu, bila anak saya, yang bongsu, terkejut bila dapat tau saya pernah berkerja di ofis. Seumur hidup dia, dia tak tahu pun yang saya ni dulu keluar rumah untuk pergi bekerja. Selama ini yang dia tahu, hanya ayahnya sahaja yang keluar rumah waktu pagi, dan balik waktu malam, sebab pergi kerja di ofis. 

8-10 tahun lepas, memang jarang sangat kita dengar orang bekerja dari rumah. Saya masih ingat, masa anak sulung saya masih bayi, saya ada Google peluang bekerja dari rumah, tapi pilihannya sangat terhad, dan ia hanya popular di luar negara (itupun terhad juga). 


Apabila covid melanda dunia, tiba-tiba semua orang TERPAKSA bekerja dari rumah, dan ketika itu, segalanya yang dulu mustahil nak buat di rumah, kini tidak lagi menjadi masalah. 

Nak bermesyuarat dari rumah? BOLEH. 

Nak berbincang dari rumah? BOLEH. 

Nak siapkan projek demi projek, dari rumah? BOLEH. 

Nak mengajar dari rumah? BOLEH. 

Nak belajar dari rumah? PUN BOLEH. 

Pasca pandemik menyaksikan, bekerja dari rumah (atau kini lebih dikenali sebagai "remote work), memberikan beberapa kelebihan kepada kita termasuklah memberikan kepuasan bekerja yang lebih tinggi. Dalam satu kajian mendapati, 91% daripada responden kajian berpuas hati dapat bekerja dari rumah, kerana mereka memperolehi lebih fleksibiliti dalam hidup. 

Kini semakin hari, semakin banyak pilihan yang kita boleh terokai untuk mempunyai kerja dari rumah, sekaligus membina pendapatan yang lumayan. 

1) Mengajar secara online

Peluang untuk menjadi tenaga pengajar sangatlah luas sekarang ini. Hampir semua peluang belajar, sudah menawarkan kelas secara online. Ini membuka peluang untuk sesiapa yang ada sebarang ilmu yang boleh dikongsi dengan orang lain, menawarkan kelas-kelas yang bersesuaian. Antara kelas-kelas yang popular dilakukan secara online termasuklah :

  • kelas bahasa 
  • kelas agama
  • kelas kerja kraftangan 
  • kelas memasak 
  • kelas pemasaran bisnes 
  • kelas tuisyen sekolah rendah dan menengah
  • dan banyak lagi!
Dengan adanya pelbagai kemudahan aplikasi video, kelas-kelas sebegini sangat mudah dijalankan, samada secara langsung mahupun secara rakaman. Jika anda ada bakat untuk mengajar, ini adalah peluang yang baik untuk membina pendapatan lumayan, hanya kerja dari rumah sahaja. 

2) Pengurus media sosial

Pengurus media sosial adalah kerjaya baru yang semakin mendapat tempat, terutamanya di kalangan generasi millennial. Pengurus media sosial bertugas untuk merancang strategi jenama dalam semua platform sosial media yang diwakilinya. Antara tugasan seorang pengurus media sosial termasuklah : 

  • membuat analisa media sosial untuk dijadikan strategi jenama 
  • membuat jadual hantaran ke semua platform setiap hari
  • merancang konten bersesuaian dengan jenama

Kerjaya sebagai pengurus media sosial amat sesuai untuk dilakukan dari rumah, kerana anda hanya perlukan rangkain internet yang stabil dan sudah boleh mula kerja dari rumah. Pengurus media sosial boleh meminta bayaran berdasarkan pencapaian media sosial pelanggan yang diuruskannya. Lebih terkenal sesuatu jenama yang diuruskannya, lebih mudah untuk seorang pengurus media sosial meminta bayaran yang tinggi. Ada juga klien yang menawarkan kenaikan bayaran selari dengan peningkatan jumlah pengikut mereka di media sosial. 

3) Pembantu virtual 

Seorang pembantu virtual bertugas menguruskan kerja harian klien seperti menyusun atur jadual, membuat temujanji, membuat tempahan tiket, menyediakan invois, membayar bil-bil dan sebagainya. Ia seperti kerja seorang setiausaha di pejabat, tetapi dilakukan secara virtual dan kita boleh diupah oleh ramai klien atau "boss" pada satu-satu masa. 


Antara orang-orang yang memerlukan khidmat pembantu virtual, termasuklah usahawan-usahawan, selebriti dan orang perseorangan yang mengambil pembantu virtual secara kontrak jangka pendek. Banyak perniagaan-perniagaan kini menggunakan khidmat pembantu virtual kerana ia lebih menguntungkan majikan. Pembantu virtual yang sudah banyak pengalaman boleh mengenakan bayaran yang tinggi dan berpeluang untuk menguruskan klien VIP, segalanya dari rumah sahaja. 

4) Copywriter 

Bagi anda yang ada bakat menulis, bekerja sebagai copywriter boleh jadi sumber pendapatan yang lumayan. Seorang copywriter boleh bekerja dari rumah dengan menawarkan pelbagai servis kepada pelanggan untuk tujuan iklan, pemasaran, konten untuk website dan juga blog. Seperti juga pembantu virtual, seorang copywriter boleh uruskan ramai klien dan projek dalam satu masa. 

5) Berniaga dari rumah 

Jika semua senarai di atas tidak menarik minat anda, apa kata cubalah berniaga dari rumah. Peluang "home business" telah lama wujud dalam pasaran, terutamanya yang popular seperti bisnes jualan langsung. 

Kalau dahulu bisnes jualan langsung, dilakukan dari rumah ke rumah, tetapi kini semua boleh dilakukan secara online sahaja. Pengalaman saya sendiri, sudah masuh tahun ke-12 berniaga dari rumah dengan bisnes Shaklee memang sangat berbaloi. Saya kini sudah ada pendapatan sendiri, dengan hanya bekerja dari rumah. 


Selama 12 tahun bersama komuniti bisnes Shaklee, kami membina pendapatan dan bisnes dengan cara kerja dari rumah sahaja. Bisnes jualan langsung seperti Shaklee ini boleh dimulakan dengan modal rendah yang tidak membebankan (yuran hanya RM35 sahaja!), dan anda boleh mula secara part time juga. Saya ingin menjemput anda yang membaca entry ini untuk menyertai team saya untuk mula membina pendapatan dari rumah. Hubungi saya untuk maklumat lanjut. 


#nextlevelblogging 
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

---
Master Puteri @ Coach Gula
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.
Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty
----
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

Comments

  1. Bekerja dari rumah dgn buat bisnes Shaklee adalah terbaik. Boleh buat order secara online. Mudah sgt mudah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petua Hilangkan Jeragat Dengan Selamat

Apa itu jeragat? Jeragat ialah keadaan warna kulit yang menjadi lebih gelap, akibat penghasilan melanin yang berlebihan. Jeragat boleh terjadi pada satu tempat pada kulit, dan boleh juga merebak, dan bercantum menjadi kawasan jeragat lebih besar pada kulit. Keadaan kulit yang berjeragat menyebabkan warna kulit menjadi tidak sekata dan nampak bertompok-tompok.  Terdapat 3 jenis jeragat iaitu :  1- Sun spot/ tompok matahari Jeragat jenis ini adalah yang paling biasa kita lihat pada kulit wajah dan badan manusia. Jeragat ini terbentuk apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari dalam jangka masa yang lama, tanpa perlindungan seperti sun screen dan pakaian yang menutup kawasan kulit. Sebenarnya tompok matahari itu adalah tindakan kulit menghasilkan melanin supaya kulit terlindung daripada sinar uv matahari yang berbahaya.  2- Melasma  Melasma adalah sejenis "skin disorder" yang banyak terjadi kepada wanita berkulit gelap. Punca melasma yang paling biasa ialah akibat perubahan h

Zat Lengkap Setiap Hari Dengan Vita-Lize Shaklee

Dalam laporan Global Nutrition Report 2018, mendapati rakyat Malaysia dibebani oleh 3 masalah nutrisi utama iaitu: berat badan berlebihan kurang zat besi pertumbuhan terbantut Masalah nutrisi ini dikenali sebagai "tripple burden" memberi kesan kepada tahap kesihatan rakyat Malaysia secara keseluruhan. Lebih menyedihkan "tripple burden" yang kita alami ini lebih serius berbanding negara-negara kurang maju seperti di Afrika.  Terdapat pula satu kajian yang dijalankan oleh Khazanah Research Institute , diketuai oleh pakar ekonomi tersohor iaitu Profesor Jomo Kwame Sundaram, mendapati rakyat Malaysia terdedah kepada masalah kualiti makanan yang tercemar dengan racun perosak. Makanan yang tercemar ini pula akan memberi kesan kepada kesihatan pengguna. Rakyat Malaysia mengalami kesukaran untuk mendapat zat yang lengkap daripada makanan harian, walaupun makanan tersebut adalah dari sumber semulajadi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.  Tanda-tanda Tubuh Kekurangan Vitam

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Kulit Kering

Assalamualaikum semua dan salam cukup manis :')  Hari ini kita dah pun masuk 14 Ramadhan, bermakna separuh bulan sudah berlalu, dan tak lama lagi kita akan menyambut Syawal. Kebiasaannya minggu ke-3 dan ke-4 Ramadhan orang akan "gear up" untuk persiapan Syawal seperti juadah raya dan baju raya. Tetapi ramai juga yang nak "kurus sebelum raya" dan "kulit cantik sebelum raya", betul tak? Untuk vitamin kulit supaya dapat kulit cantik berseri sebelum raya ni, Coach boleh tolong anda dapatkan penyelesaiannya, dengan harga rahmah mampu milik Insha Allah.  Masalah kulit kering di bulan Ramadhan  Antara masalah utama kulit kita di bulan Ramadhan, ialah masalah kulit kering.  Masalah kulit kering ini pula akan menyebabkan parut lambat pudar, dan lama kelamaan, kulit akan jadi kusam dan cepat berkedut. Kulit kering juga boleh menyebabkan mekap jadi tidak cantik seperti yang kita mahu. Jadi bayangkan selama sebulan kulit kita kering, mestilah menjelang raya nanti