Skip to main content

5 Keunikan Khasiat Vivix® Untuk Kesihatan

Vivix® merupakan salah satu supplement best seller di Shaklee Malaysia. Dengan keunikan tersendiri, Vivix® Shaklee adalah supplement yang tidak ada yang serupa ataupun mirip dengannya di pasaran. Apatah lagi dengan status berpaten, anda tidak akan menemui mana-mana produk seperti Vivix®, baik dari segi bahan-bahannya, mahupun dari segi khasiat dan testimoninya. 



Apakah itu Vivix®?

Vivix® secara am adalah supplement dalam bentuk cecair likat, bersifat anti penuaan dan berkhasiat untuk kesihatan menyeluruh. 

Bahan utamanya iaitu anggur muscadine merupakan sejenis tumbuhan yang unik, mengandungi kekuatan polifenol yang tidak ada pada tumbuhan lain, menjadikan ia sangat bermanfaat untuk kesihatan. 

Mengapa kita perlukan supplement anti penuaan?

Ramai orang ingat, kita hanya perlukan supplement anti penuaan sekiranya kita sudah masuk usia emas sahaja. Sebenarnya ini adalah kefahaman yang tidak tepat. 

Setiap hari tubuh kita akan diserang oleh pelbagai jenis radikal bebas, yang menyebabkan tubuh kita menjadi tua tanpa kita sedari. Contoh-contoh radikal bebas yang boleh menyerang tubuh kita termasuklah: 

  • corak pemakanan yang tidak sihat (makanan segera, makanan rendah zat, makanan tinggi gula)
  • tabiat tidak sihat seperti merokok dan minum arak
  • waktu tidur yang tidak menentu 
  • tekanan emosi yang berpanjangan 
  • gaya hidup sedantary, tidak aktif, tidak bersenam 
  • tempat tinggal atau tempat bekerja yang tinggi pencemaran 
Kesemua faktor ini menyebabkan tubuh akan diserang oleh radikal bebas, yang mana sel dalam tubuh akan mengalami kerosakan hari demi hari. Kerosakan pada sel inilah yang menyebabkan tubuh mengalami penuaan. Sekiranya kita tidak mengubah gaya hidup, proses penuaan akan berlaku dengan lebih pantas lagi. 

Dengan adanya supplement anti penuaan seperti Vivix®, proses penuaan akan diperlambatkan secara semulajadi, apabila kita dapat mengawal serangan radikal bebas ini.

Jadi apabila kita sudah faham tentang konsep supplement anti penuaan, jom kita tengok 5 keunikan khasiat Vivix® yang sangat hebat ini. 

Bagaimana Vivix® bertindak? 

1-Vivix® sebagai anti radang yang sangat berkesan 

Tubuh kita boleh mengalami radang apabila diserang oleh radikal bebas seperti yang diterangkan sebelum ini. Radang ini boleh dikurangkan dengan Vivix® kerana ia mengandungi polifenol tumbuhan yang sememangnya terbukti oleh kajian sebagai bahan anti radang yang sangat berkesan. Contoh radang yang sering dialami termasuklah jangkitan kuman, luka dan bengkak pada organ luar dan dalam tubuh. 

2- Vivix® melindungi sel daripada serangan radikal bebas

Apabila tubuh diserang oleh radikal bebas, serangan ini berlaku pada peringkat sel, dan memberi kesan kepada kesihatan. Jadi untuk selamat daripada serangan, Vivix® bertindak melindungi sel daripada kerosakan dengan ramuan polifenol dan resveratrol di dalamnya. 

3- Vivix® memperbaiki kerosakan pada sel

Sel dalam tubuh kita akan rosak dan akan diganti dengan sel baru setiap hari. Ini adalah proses semulajadi yang tidak dapat kita elak. Jadi apa yang kita mahu ialah, apabila sel sudah rosak, tubuh kita mampu memperbaiki kerosakan dengan pantas dengan adanya sel baru yang sihat. Inilah yang boleh dilakukan dengan bantuan supplement seperti Vivix®

4- Vivix® melambatkan proses kerosakan pada sel 

Seperti di point ke-2, apabila sel diserang radikal bebas, sel akan rosak. Tetapi sekiranya tubuh kita sihat dan cukup dengan anti oksida, proses kerosakan pada sel akan berlaku secara perlahan dan boleh diperbaiki (seperti diterangkan pada point ke-3). Apabila proses kerosakan ini lambat, maka tubuh akan kekal muda dengan lebih lama. Sebab itulah ramai yang jadi awet muda bila amalkan Vivix®

5- Vivix® membantu menghalang penghasilan AGE protein 

AGE protein (advanced glycation end product) terhasil apabila tubuh mengalami lebihan gula dan protein - yang biasanya terjadi akibat gaya pemakanan yang tidak sihat. Apabila tubuh tinggi dengan AGE protein, ia berisiko untuk mendapat pelbagai penyakit kronik termasuklah kanser. Vivix® membantu menghalang terhasilnya AGE protein ini melalui kekuatan anti oksida di dalam ramuannya. 

>>> Kenali Apa Itu Polifenol Di Dalam Vivix

Vivix, rahsia awet muda leaders Shaklee Malaysia! 


5 Khasiat Vivix® Untuk Kesihatan 

Apabila kita sudah faham bagaimana Vivix® bertindak pada peringkat sel, dan kehebatannya sebagai sumber anti oksida, kita akan mendapat pelbagai manfaat kesihatan, sekiranya Vivix® menjadi amalan harian kita. 

1- Vivix® untuk proses detoks semulajadi secara efektif 

  • menyokong kesihatan hati sebagai organ detoks yang utama
  • membantu memecahkan lemak-lemak 
  • memberi kesan seperti sekatan kalori untuk mengurangkan berat badan 

2- Vivix® untuk kulit sihat dan muda 

  • mengurangkan garis halus dan kedutan (efek "botox" semulajadi)
  • pelindung uv semulajadi
  • meningkatkan penghasilan kolagen dan elastin 

3- Vivix® untuk sendi yang sihat 

  • meningkatkan penghasilan tulang rawan dan kolagen 
  • mengurangkan sakit sendi akibat radang
  • meningkatkan fleksibiliti sendi 

4- Vivix® untuk tekanan darah yang sihat

  • mengekalkan tekanan darah yang stabil 
  • menyeimbangkan paras kolesterol HDL dan LDL
  • mengurangkan radang yang menyebabkan tekanan darah terganggu 

5- Vivix® untuk otak lebih tajam dan fokus 

  • menggalakkan fungsi otak bekerja dengan cekap 
  • meningkatkan daya ingatan 
  • meningkatkan daya fokus dan tumpuan 

Dengan pelbagai manfaat kesihatan yang boleh diperolehi dengan amalan pengambilan Vivix® tidak hairanlah Vivix menjadi best seller di Malaysia. Ianya supplement yang sangat unik dan tidak ada yang setanding di pasaran. 

Harga sebotol Vivix® ialah RM475.00 untuk bukan ahli, dan hanya RM399.00 untuk ahli. Yang lagi untung, pembelian sebotol Vivix® melayakkan anda dapat keahlian Shaklee percuma bernilai RM35.00

Untuk konsultasi lebih lengkap lagi, anda boleh hubungi saya :) 

>>> Siapa perlukan Vivix? <<<


#nextlevelblogging 
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

----
Master Puteri @ Coach Gula
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.
Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty
----
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.


Comments

Popular posts from this blog

5 Aplikasi Wajib Bisnes Online

Sekiranya anda baru nak mulakan bisnes online, anda kena kenal 5 aplikasi wajib ini, yang boleh memudahkan anda untuk menjalankan aktiviti pemasaran setiap hari.  Aplikasi-aplikasi yang saya kongsi ini boleh didapati secara percuma dan sangat mudah digunakan.  1- Canva  Canva adalah aplikasi yang membantu kita merekacipta bahan pemasaran. Apa yang menariknya aplikasi Canva menyediakan banyak template-template untuk kita terus guna. Antara template yang popular digunakan ialah : poster flyers kad nama  brosur klip video logo  Canva juga terdapat dalam versi berbayar, yang mana kita ada lebih banyak pilihan template, gambar, video dan lain-lain bahan untuk konten pemasaran. Sebelum ini Canva hanya boleh digunakan di laman web, tetapi kini sangat mudah dengan aplikasi canva di telefon pintar.  2- WhatsApp Business Ramai orang kenal apa itu WhatsApp, tapi tidak semua orang tahu kelebihan menggunakan WhatsApp Business.  WhatsApp Business adalah aplikasi yan...

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Kulit Kering

Assalamualaikum semua dan salam cukup manis :')  Hari ini kita dah pun masuk 14 Ramadhan, bermakna separuh bulan sudah berlalu, dan tak lama lagi kita akan menyambut Syawal. Kebiasaannya minggu ke-3 dan ke-4 Ramadhan orang akan "gear up" untuk persiapan Syawal seperti juadah raya dan baju raya. Tetapi ramai juga yang nak "kurus sebelum raya" dan "kulit cantik sebelum raya", betul tak? Untuk vitamin kulit supaya dapat kulit cantik berseri sebelum raya ni, Coach boleh tolong anda dapatkan penyelesaiannya, dengan harga rahmah mampu milik Insha Allah.  Masalah kulit kering di bulan Ramadhan  Antara masalah utama kulit kita di bulan Ramadhan, ialah masalah kulit kering.  Masalah kulit kering ini pula akan menyebabkan parut lambat pudar, dan lama kelamaan, kulit akan jadi kusam dan cepat berkedut. Kulit kering juga boleh menyebabkan mekap jadi tidak cantik seperti yang kita mahu. Jadi bayangkan selama sebulan kulit kita kering, mestilah menjelang raya nanti ...

Mengapa Saya Memilih Vitamin Shaklee

Perkongsian kali ini membawa saya mengimbau kenangan lebih 12 tahun yang lalu. Ketika itu saya hamil anak kedua, dan mencari-cari produk untuk berpantang dan menyusu.  Selepas bersalin anak pertama, saya ada menggunakan produk herba, sepanjang tempoh berpantang. Saya dapati produk yang saya guna tidak beri apa-apa kesan yang saya idamkan.  Saya ambil masa hampir sebulan untuk pulih selepas bersalin secara c-section.  Berat badan saya selepas bersalin ambil masa dekat setahun untuk kembali ke berat badan normal.  Oleh kerana saya juga bekerja sepenuh masa ketika itu, saya mengalami masalah untuk mengepam susu yang cukup untuk bekalan anak ketika saya bekerja (saya berjaya mengepam dan direct feeding anak pertama selama 15 bulan, Alhamdulillah).  Pengalaman anak pertama ini membuatkan saya mencari penyelesaian baru untuk anak kedua.  Saya mahu pulih segera selepas c-section (anak kedua juga adalah planned c-section).  Saya mahu berat badan kembali ke ber...