Skip to main content

Bonus Percutian Bersama Shaklee Yang Istimewa

Sepanjang 12 tahun saya bersama bisnes Shaklee, Alhamdulillah, rezeki saya dapat merasa percutian 5 bintang, setiap tahun. Ada yang di dalam negara, ada di luar negara. Ada yang saya bersama satu keluarga, ada yang bersama ibubapa, ada bersama kawan-kawan, dan ada juga saya hanya berdua dengan suami, seperti honeymoon yang ditaja! 

Dalam entry ini saya kongsikan dengan anda percutian-percutian bersama Shaklee yang paling meninggalkan kenangan bagi kami sekeluarga, sepanjang 12 tahun ini.

1- Bulan madu ditaja Shaklee - California USA, 2014

Ini tempat pertama kenangan paling bermakna. Pertamanya sebab ini kali pertama kami berdua ke USA, destinasi yang tak pernah saya mimpi pun nak pergi! Kedua, sebab ini kali pertama kami dapat "honeymoon", betul-betul holiday, tanpa perlu urus anak-anak. Kami dibawa ke Disneyland, Hollywood dan Universal Studio, betul-betul enjoy berdua aje! Dan ketiga, ini kali pertama kami menjejak kaki di Shaklee HQ di Pleasanton, California dan bertemu sendiri dengan saintis-saintis Shaklee. Amazing opportunity, Alhamdulillah. 



2- Percutian bersama besties - Superstar Libra Cruise 2017 & Phuket, 2019 

Tak sangka, saya dapat merasa bercuti dengan besties, fully sponsored by Shaklee. Pertama kali dalam tahun 2017, saya bersama leaders Master Aisha Amin dan Nurulaini berpeluang bercuti bersama-sama dengan Superstar Libra Cruise dari Port Klang - Penang - Langkawi - Phuket.

Ini adalah pengalaman pertama saya bercuti di atas kapal persiaran, dan memang seronok dan puas hati dengan layanan dan aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh pihak syarikat. Percutian ini adalah yang pertama kali saya dapat pergi selepas bersalin dan menyusukan anak bongsu, jadi it was a very much needed break, Alhamdulillah. 


Kemudian pada tahun 2019 pula saya bersama upline Master Azlin, dan sahabat-sahabat susah senang Master Nabiha dan Master Lyana Mansor, bercuti pula ke Phuket Thailand. Percutian ini adalah kali kedua saya ke Phuket bersama Shaklee, dan kali ini percutiannya benar-benar free and easy. Kami mengikuti program lawatan, memandu ATV dan menghabiskan masa di tepi pantai setiap pagi dan petang, memang best! 


3- Hadiah percutian untuk ibubapa - Italy, 2015 & Langkawi 2017

Pada tahun 2015, saya menghadiahkan 2 tiket percutian Shaklee untuk ibu dan ayah mertua, ditemani oleh suami saya ke Italy. 

Pada tahun 2017 pula, saya menghadiah tiket percutian kepada emak saya, menemani anak-anak dan suami bercuti di Pulau Langkawi bersama Shaklee. 

Dalam banyak-banyak percutian bersama Shaklee, ini adalah yang paling bermakna untuk kami, kerana dapat berkongsi rezeki bersama ibubapa tersayang. 





Keistimewaan Bonus Percutian Bersama Shaklee 

Saya kongsikan di sini keistimewaan percutian bersama Shaklee. 

1- Paling penting, SEMUANYA PERCUMA! Bagi anda yang layak menerima insentif percutian Shaklee, anda tidak perlu bayar walau satu sen pun! Semuanya disediakan, bukan sahaja tiket penerbangan dan bilik penginapan, malah hingga ke pakaian (seperti jaket) dan luggage pun Shaklee sediakan. Memang puas hati lah!

2- Peserta percutian diberi WANG SAKU. Bukan sahaja makan minum ditanggung sepanjang percutian, kami diberi lagi wang saku, untuk waktu-waktu free and easy. Jadi tak perlu risau nak bawa duit sendiri banyak-banyak yer. 

3- Penginapan di HOTEL 5 BINTANG. Baik percutian dalam negara ataupun di luar negara, standard Shaklee hanyalah hotel 5 bintang (dan ke atas) sahaja. Keselesaan peserta yang layak untuk insentif percutian Shaklee amat diutamakan. 

4- Tiket percutian boleh diberi sebagai HADIAH UNTUK IBUBAPA. Ini paling istimewa bagi saya kerana, kita boleh berkongsi kegembiraan bercuti bersama-sama ibubapa tersayang. Bukan sahaja bercuti ya, malah tiket UMRAH juga boleh diberikan kepada ibubapa kita. Ini satu bentuk penghargaan kepada mereka yang tidak putus-putus menyokong dan mendoakan kejayaan kita dalam bisnes Shaklee. 

5- Percutian diurus secara PROFESIONAL. Sepanjang saya mengikuti percutian Shaklee, fikiran rasa sangat tenang kerana tahu semua program, makan minum, shopping time, dah diuruskan dengan teliti dan lancar oleh pihak Shaklee. Malah, kalau ada yang tidak sihat pun, Shaklee akan uruskan dengan baik sekali. Percutian bersama Shaklee sesuai untuk semua, baik anak-anak, mahupun peringkat ibubapa kita, kerana kebajikan setiap orang dijaga dengan baik sekali. Syabas untuk semua staf Shaklee Malaysia! 

Bagaimana Nak Melayakkan Diri Menikmati Percutian Shaklee?

Langkah pertama, DAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE dan mulakan langkah untuk membina empayar bisnes Shaklee anda sendiri. Percutian ini adalah salah satu insentif kekal di dalam perniagaan Shaklee, yang mana ada kelayakan tertentu yang mesti dipenuhi setiap bulan untuk mengutip mata, sehingga terkumpul cukup pada penghujung tahun. 

Hubungi saya untuk lebih info lagi. 

#nextlevelblogging 
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

----
Master Puteri @ Coach Gula
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.
Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty
----
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.




Comments

Popular posts from this blog

Petua Hilangkan Jeragat Dengan Selamat

Apa itu jeragat? Jeragat ialah keadaan warna kulit yang menjadi lebih gelap, akibat penghasilan melanin yang berlebihan. Jeragat boleh terjadi pada satu tempat pada kulit, dan boleh juga merebak, dan bercantum menjadi kawasan jeragat lebih besar pada kulit. Keadaan kulit yang berjeragat menyebabkan warna kulit menjadi tidak sekata dan nampak bertompok-tompok.  Terdapat 3 jenis jeragat iaitu :  1- Sun spot/ tompok matahari Jeragat jenis ini adalah yang paling biasa kita lihat pada kulit wajah dan badan manusia. Jeragat ini terbentuk apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari dalam jangka masa yang lama, tanpa perlindungan seperti sun screen dan pakaian yang menutup kawasan kulit. Sebenarnya tompok matahari itu adalah tindakan kulit menghasilkan melanin supaya kulit terlindung daripada sinar uv matahari yang berbahaya.  2- Melasma  Melasma adalah sejenis "skin disorder" yang banyak terjadi kepada wanita berkulit gelap. Punca melasma yang paling biasa ialah akibat perubahan h

Zat Lengkap Setiap Hari Dengan Vita-Lize Shaklee

Dalam laporan Global Nutrition Report 2018, mendapati rakyat Malaysia dibebani oleh 3 masalah nutrisi utama iaitu: berat badan berlebihan kurang zat besi pertumbuhan terbantut Masalah nutrisi ini dikenali sebagai "tripple burden" memberi kesan kepada tahap kesihatan rakyat Malaysia secara keseluruhan. Lebih menyedihkan "tripple burden" yang kita alami ini lebih serius berbanding negara-negara kurang maju seperti di Afrika.  Terdapat pula satu kajian yang dijalankan oleh Khazanah Research Institute , diketuai oleh pakar ekonomi tersohor iaitu Profesor Jomo Kwame Sundaram, mendapati rakyat Malaysia terdedah kepada masalah kualiti makanan yang tercemar dengan racun perosak. Makanan yang tercemar ini pula akan memberi kesan kepada kesihatan pengguna. Rakyat Malaysia mengalami kesukaran untuk mendapat zat yang lengkap daripada makanan harian, walaupun makanan tersebut adalah dari sumber semulajadi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.  Tanda-tanda Tubuh Kekurangan Vitam

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Kulit Kering

Assalamualaikum semua dan salam cukup manis :')  Hari ini kita dah pun masuk 14 Ramadhan, bermakna separuh bulan sudah berlalu, dan tak lama lagi kita akan menyambut Syawal. Kebiasaannya minggu ke-3 dan ke-4 Ramadhan orang akan "gear up" untuk persiapan Syawal seperti juadah raya dan baju raya. Tetapi ramai juga yang nak "kurus sebelum raya" dan "kulit cantik sebelum raya", betul tak? Untuk vitamin kulit supaya dapat kulit cantik berseri sebelum raya ni, Coach boleh tolong anda dapatkan penyelesaiannya, dengan harga rahmah mampu milik Insha Allah.  Masalah kulit kering di bulan Ramadhan  Antara masalah utama kulit kita di bulan Ramadhan, ialah masalah kulit kering.  Masalah kulit kering ini pula akan menyebabkan parut lambat pudar, dan lama kelamaan, kulit akan jadi kusam dan cepat berkedut. Kulit kering juga boleh menyebabkan mekap jadi tidak cantik seperti yang kita mahu. Jadi bayangkan selama sebulan kulit kita kering, mestilah menjelang raya nanti