Skip to main content

Tips Travel : Bahaya Over Sharing Ketika Melancong

Kebiasaannya apabila kita melancong, sudah tentu kita teruja mahu berkongsi gambar dan video sepanjang kita berada di tempat-tempat menarik yang kita kunjungi. Kita akan muat naik gambar di pelbagai platform, berkongsi keterujaan dengan orang lain. Dan tanpa kita sedari, kita mungkin telah meletakkan diri kita dan keluarga, dalam bahaya. 

Maklumat-maklumat tentang diri kita, keluarga dan kawan-kawan yang melancong bersama-sama boleh digunakan oleh pihak yang berniat jahat dan tidak bertanggungjawab untuk kepentingan mereka. Maklumat-maklumat ini boleh digunakan untuk mengekori kita, merancang untuk menyamun dan pelbagai jenayah siber yang lain. 

Terdapat beberapa tips travel yang penting untuk kita semua tahu dan sampaikan kepada ahli keluarga, kawan-kawan dan kenalan, supaya kita boleh mencegah bahaya. over sharing ketika melancong. 

1- Elak kongsi maklumat percutian 

Ramai orang dengan senang hati berkongsi jadual percutian mereka, dari hari pertama berangkat hinggalah ke hari terakhir. Ada tarikh, ada waktu, ada nama hotel, ada nama tempat, dan pelbagai lagi maklumat yang sepatutnya tidak boleh dikongsi dengan orang ramai. Tanpa mereka sedar, ini lah pintu bahaya pertama telah dibuka untuk sesiapa sahaja mengetahui jejak langkah kita. Peringatan ini bukanlah bertujuan untuk mencipta paranoia tidak bertempat, tetapi di zaman serba cepat dan canggih, people can use all the info and anything can happen, Nauzubillah! 

2- Elak tunjuk gambar boarding pass

Sudah menjadi kelaziman kita juga, untuk mengambil gambar boarding pass, dan dimuat naik di media sosial. Di atas boarding pass, dicetak maklumat penting perjalanan seperti nama penuh, tarikh, masa, dewan boarding, nombor flight. Sekiranya ada orang berniat tidak baik kepada kita semasa dalam perjalanan dan ketika melancong di tempat asing, ini adalah maklumat yang sangat boleh digunakan. 

3- Elak "check in" di media sosial 

Lazimnya kita suka berkongsi dengan orang lain, di mana kita berada ketika melancong. Dan di media sosial kita boleh letak nama tempat dan lokasi di mana kita berada ketika itu. Jika kita mahu lakukan ini, elak melakukkannya ketika kita masih berada di tempat tersebut. Kita tidak mahu orang tahu semua pergerakan kita sepanjang hari, kerana ini adalah tidak selamat. Untuk letak "check in" lakukan selepas kita sudah tidak lagi berada di tempat itu, beberapa jam selepas ataupun sehari selepas itu. 


4- Elak memberitahu semua orang di mana kita menginap 

Tempat penginapan semasa melancong di tempat asing, tak sepatutnya diwar-warkan kepada semua orang di media sosial. Walaupun ada ketikanya tidak dapat dielakkan (contohnya bila melancong bersama syarikat, pasti ada yang mengumumkan kepada orang ramai), sebolehnya kita tidak memberitahu di dalam media sosial kita sendiri. Mungkin kita fikir, siapalah yang nak mahu apa-apakan kita, tapi ingat "better safe than sorry". 

5- Elak "flaunting" barang perhiasan ketika bergambar 

Tips ini mungkin sukar jika anda suka "OOTD" di media sosial. Tetapi bagi mereka yang faham tentang keselamatan dunia siber, ini adalah perkara penting yang perlu dielakkan. Ramai orang akan melaram ketika melancong dengan barang kemas, pakaian, beg dan sebagainya. Ini menyebabkan anda lebih menonjol di khalayak ramai dan boleh menjadi sasaran penjenayah. Tahukah anda, ada penjenayah yang boleh mengekori sesiapa sahaja dengan menggunakan maklumat-maklumat yang orang kongsi di media sosial sahaja. So dangerous! 

Kesimpulan

Media sosial telah menjadi "makanan" harian orang, tak kira muda dan tua, sehinggakan semua perkara pun nak dikongsi dengan orang ramai. Perbuatan ini dianggap biasa, dan kebanyakan orang langsung tidak terfikir tentang keselamatan mereka boleh terancam. 

Untuk keselamatan, kita memang perlu bertindak di luar kebiasaan. Contohnya hanya berkongsi gambar selepas selepas pulang melancong - susah kan nak buat yang ini? Tips travel ini bukanlah bertujuan untuk menakut-nakutkan anda, tetapi sekadar berkongsi kesedaran tentang bahaya over sharing ketika melancong. 

#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

----
Master Puteri @ Coach Gula
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.
Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty
----
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.


Comments

Popular posts from this blog

Petua Hilangkan Jeragat Dengan Selamat

Apa itu jeragat? Jeragat ialah keadaan warna kulit yang menjadi lebih gelap, akibat penghasilan melanin yang berlebihan. Jeragat boleh terjadi pada satu tempat pada kulit, dan boleh juga merebak, dan bercantum menjadi kawasan jeragat lebih besar pada kulit. Keadaan kulit yang berjeragat menyebabkan warna kulit menjadi tidak sekata dan nampak bertompok-tompok.  Terdapat 3 jenis jeragat iaitu :  1- Sun spot/ tompok matahari Jeragat jenis ini adalah yang paling biasa kita lihat pada kulit wajah dan badan manusia. Jeragat ini terbentuk apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari dalam jangka masa yang lama, tanpa perlindungan seperti sun screen dan pakaian yang menutup kawasan kulit. Sebenarnya tompok matahari itu adalah tindakan kulit menghasilkan melanin supaya kulit terlindung daripada sinar uv matahari yang berbahaya.  2- Melasma  Melasma adalah sejenis "skin disorder" yang banyak terjadi kepada wanita berkulit gelap. Punca melasma yang paling biasa ialah akibat perubahan h

Zat Lengkap Setiap Hari Dengan Vita-Lize Shaklee

Dalam laporan Global Nutrition Report 2018, mendapati rakyat Malaysia dibebani oleh 3 masalah nutrisi utama iaitu: berat badan berlebihan kurang zat besi pertumbuhan terbantut Masalah nutrisi ini dikenali sebagai "tripple burden" memberi kesan kepada tahap kesihatan rakyat Malaysia secara keseluruhan. Lebih menyedihkan "tripple burden" yang kita alami ini lebih serius berbanding negara-negara kurang maju seperti di Afrika.  Terdapat pula satu kajian yang dijalankan oleh Khazanah Research Institute , diketuai oleh pakar ekonomi tersohor iaitu Profesor Jomo Kwame Sundaram, mendapati rakyat Malaysia terdedah kepada masalah kualiti makanan yang tercemar dengan racun perosak. Makanan yang tercemar ini pula akan memberi kesan kepada kesihatan pengguna. Rakyat Malaysia mengalami kesukaran untuk mendapat zat yang lengkap daripada makanan harian, walaupun makanan tersebut adalah dari sumber semulajadi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.  Tanda-tanda Tubuh Kekurangan Vitam

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Kulit Kering

Assalamualaikum semua dan salam cukup manis :')  Hari ini kita dah pun masuk 14 Ramadhan, bermakna separuh bulan sudah berlalu, dan tak lama lagi kita akan menyambut Syawal. Kebiasaannya minggu ke-3 dan ke-4 Ramadhan orang akan "gear up" untuk persiapan Syawal seperti juadah raya dan baju raya. Tetapi ramai juga yang nak "kurus sebelum raya" dan "kulit cantik sebelum raya", betul tak? Untuk vitamin kulit supaya dapat kulit cantik berseri sebelum raya ni, Coach boleh tolong anda dapatkan penyelesaiannya, dengan harga rahmah mampu milik Insha Allah.  Masalah kulit kering di bulan Ramadhan  Antara masalah utama kulit kita di bulan Ramadhan, ialah masalah kulit kering.  Masalah kulit kering ini pula akan menyebabkan parut lambat pudar, dan lama kelamaan, kulit akan jadi kusam dan cepat berkedut. Kulit kering juga boleh menyebabkan mekap jadi tidak cantik seperti yang kita mahu. Jadi bayangkan selama sebulan kulit kita kering, mestilah menjelang raya nanti