Skip to main content

Kenali Kolesterol Dan Fungsi Penting Untuk Tubuh

Apabila kita menyebut perkataan "kolesterol" mahupun kita dengar orang berbincang tentang "kolesterol", amat jarang sekali disebut hal-hal yang positif dan baik-baik. Kebiasaannya topik kolesterol akan terkait dengan kisah serangan jantung ataupun strok. 

Daripada sini bermula lah pelbagai tanggapan yang salah tentang kolesterol, sedangkan kolesterol adalah kurniaan Allah untuk tubuh badan manusia, supaya dapat berfungsi dengan baik. Malah, tanpa kolesterol, manusia tidak dapat wujud pun!

Apa Itu Kolesterol?

Kolesterol adalah bahan seperti lemak, yang terdapat secara semulajadi di dalam sel tubuh manusia. Jadi setiap satu sel kita ini, ada kolesterol, dan terdapat lebih 37 juta trillion sel di dalam tubuh manusia, yang membentuk organ-organ dan seluruh sistem tubuh kita. Untuk membentuk organ-organ daripada sel-sel ini, kita memerlukan kolesterol. 

Secara umumnya sel terdiri daripada 3 bahagian iaitu phospholipid, kolesterol dan protein. Kolesterol ini terletak pada membran sel iaitu lapisan luar di sekeliling sel. Kolesterol ini mengawal segala molekul yang keluar dan masuk ke dalam sel. 

Jadi, di mana ada sel, di situlah ada kolesterol, bermakna dari hujung rambut ke hujung kaki, ada kolesterol. Dan sedarilah bahawa, tanpa kolesterol, sel tidak wujud, organ tidak wujud, dan tubuh manusia juga tidak wujud. 

Apakah Tugas Kolesterol? 

Oleh kerana kolesterol berada di dalam sel manusia, bermakna ia berada di seluruh tubuh kita, dan semestinya mempunyai tugas yang sangat penting. 

Antara tugas-tugas utama kolesterol ialah membentuk membran sel, menghasilkan hormon-hormon, penghasilan vitamin D dan sistem penghadaman dan untuk fungsi otak. 

Ayuh kita lihat tugas-tugas ini dengan lebih terperinci lagi. 

Kolesterol Dan Membran Sel 

Membran adalah lapisan luar sel, bertugas melindungi sel. Membran ini memisahkan bahagian dalam sel dengan bahagian luar sel. Ia mengandungi lemak yang bersifar "semipermiable" iatu boleh tembus, yang mana ia mengawalatur molekul-molekul yang keluar dari sel dan yang masuk ke dalam sel. 

Kolesterol pada bahagian membran sel yang dinamakan phospholipid, mengawal pergerakan membran dalam keadaan yang stabil (tidak terlalu bebas bergerak dan tidak terlalu rigid). Tanpa kolesterol, pergerakan sel boleh terbatas, sel boleh pecah, pergerakan sel akan jadi tidak terkawal apabila terdedah pada perubahan suhu. 

Membran sel juga bersifat cecair (fluid) dan kolesterol lah yang berperanan memastikan membran kekal "fluid" dalam pelbagai keadaan, dan membran sel kekal berfungsi dengan baik. 

Kolesterol Dan Hormon-hormon Serta Vitamin D

Tubuh kita mempunyai kelenjar-kelenjar hormon dan kolesterol diperlukan oleh kelenjar-kelenjar ini untuk menghasilkan hormon-hormon seperti estrogren, testosteron dan kortisol. 

Sebagai contoh, hormon progesteron dihasilkan daripada satu bahan dikenali sebagai "pregnenolone" - dan "pregnenolone" ini dihasilkan daripada kolesterol. Hormon estrogen dan endrogen juga dihasilkan dengan cara yang sama. 

Kolesterol juga diperlukan untuk tubuh menghasilkan vitamin D. Apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari, kolesterol pada sel kulit akan menyerap sinar uv dan menukarkannya kepada vitamin D. 

Kolesterol Dan Sistem Penghadaman 

Untuk sistem penghadaman, kolesterol diperlukan dalam penghasilan cecair hempedu. Cecair hempedu dikeluarkan oleh hati, dan disimpan di pundi hempedu. Tugasnya ialah memecahkan makanan dan membantu zat-zat diserap pada usus kecil. Tanpa kolesterol yang cukup, penghasilan cecair hempedu boleh terganggu dan proses penghadaman juga boleh terganggu. 

Kolesterol Dan Fungsi Otak

Tahukah anda otak adalah organ yang paling kaya dengan kolesterol; 25% daripada kolesterol dalam tubuh manusia, terletak di otak. Peranan kolesterol pada fungsi otak termasuklah mengaktifkan neurotransmitter seperti dopamin dan serotonin. Tanpa kolesterol yang cukup, otak boleh menjadi lemah dan kita terdedah kepada risiko pelupa dan nyanyuk. 

Jenis-jenis Kolesterol

Jika kita lihat daripada penerangan di atas, kita tahu bahawa kolesterol amat penting untuk fungsi tubuh badan manusia, dan tak sepatutnya kita rasa takut dengan kolesterol. Ayuh kita kenali pula jenis-jenis kolesterol. 

Kolesterol HDL (High Density Lipoprotein)

Kolesterol HDL ini sifatnya padat (high density), dan ia bergerak dalam salur darah kita. 

HDL bertugas mengitar semula kolesterol LDL (low density cholesterol). Kolesterol HDL menghantar kolesterol LDL ke hati untuk diproses dan dibawa semula ke dalam salur darah untuk digunakan. 

Kolesterol HDL juga bekerja seperti "maintenance crew", membaiki kerosakan-kerosakan yang terdapat pada dinding salur darah. 

Kolesterol LDL (Low Density Lipoprotein)

Kebanyakan kolesterol dalam tubuh kita adalah kolesterol LDL. 

Ia bersifat ringan, tidak padat, dan menjadi "transporter" kolesterol ke sel-sel untuk kegunaan organ-organ dalam sistem tubuh manusia. 

Jadi secara mudah difahami, kolesterol HDL hantar kolesterol LDL ke hati untuk diproses dan dikitar semula, membaiki kerosakan yang terdapat di dinding salur darah.  Manakala kolesterol LDL pula bertugas menghantar kolesterol yang diperlukan oleh sel dan organ manusia. 

Triglycerides 

Ada sejenis lemak dalam darah manusia, dikenali sebagai triglycerides. Triglycerides ini berpunca dari makanan dan sedikit dihasilkan di hati. Lemak triglycerides ini menyimpan kalori yang tidak digunakan oleh badan. 

Kebiasaannya apabila kita membuat ujian kolesterol, bacaan triglycerides juga diambil sama. Perlu kita faham, lemak triglycerides bukanlah sejenis kolesterol dan mempunyai sifat dan fungsi yang berbeza. 

Bagaimana Kolesterol Memberi Risiko Kesihatan?

Apakah yang menyebabkan kolesterol yang sangat penting untuk tubuh manusia, BERUBAH menjadi risiko menyebabkan serangan jantung dan strok?

1- Pertama, kita kena tahu apakah PARAS KOLESTEROL YANG SIHAT

Paras kolesterol yang sihat ini ditentukan dengan bacaan keseluruhan kolesterol, bacaan HDL, bacaan LDL dan bacaan triglycerides. Paras yang ditentukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ialah : 

Jumlah kolesterol : tidak melebihi dari 5.2 mmol /L

HDL : tidak kurang dari 1.03 mmol/ L 

LDL : tidak melebihi dari 2.58 mmol/ L

Triglycerides tidak melebih dari 1.68 mmol/ L



2- Kedua, kita perlu tahu, apakah PUNCA KOLESTEROL TINGGI.

Antara faktor-faktor yang menjadi punca paras kolesterol yang tidak sihat termasuklah : 

  • tabiat merokok 
  • tidak aktif 
  • ada penyakit kencing manis, dan darah tinggi
  • berat badan berlebihan 

3- Ketiga, ketahui PUNCA TRIGLYCERIDES TINGGI

Tidak seperti kolesterol yang semulajadi dihasilkan oleh tubuh badan kita, triglycerides terhasil daripada makanan yang kita makan setiap hari.

Kalori yang berlebihan, yang tidak digunakan oleh badan, akan tersimpan sebagai triglycerides di dalam darah (lebih spesifiknya di dalam sel lemak). Jadi, pemakanan harian, amat mempengaruhi paras triglycerides. 

4- Keempat, fahami MASALAH RADANG DAN SERANGAN JANTUNG 

Terdapat banyak kajian mendapati tubuh yang tinggi radang, meningkatkan risiko serangan jantung. Apabila tubuh mengalami keradangan, salur darah akan mengalami kecederaan (retak, keras) dan ini menggalakkan longgokan plak kolesterol pada arteri, dan tersumbat lalu menyebabkan serangan jantung. Tubuh yang tinggi radang akan menyebabkan kolesterol menjadi kecil dan keras, dan mudah untuk terkumpul pada retakan salur darah. 

Masalah radang yang tinggi berpunca daripada gaya hidup yang tidak sihat seperti : 

  • tabiat merokok
  • obesiti
  • pola tidur yang tidak teratur
  • stress berpanjangan 
  • pemakanan tidak sihat 

5- Jumlah kolesterol BUKAN PENENTU RISIKO SERANGAN JANTUNG 

Kebiasaannya apabila kita melihat jumlah kolesterol yang tinggi, kita akan rasa risau dan panik. Ramai orang terus mahu makan ubat kolesterol untuk mengurangkan bacaan kolesterolnya. Sebenarnya kita tidak perlu terburu-buru, kerana kita perlu mengetahui apakah kita mempunyai faktor risiko yang lain juga. 

Antara faktor risiko lain yang penting ialah berat badan dan gaya hidup. Jika anda seorang yang obes, mengambil ubat kolesterol tidak menyelesaikan masalah risiko serangan jantung. Obesiti untuk menyebabkan badan anda tinggi radang dan risiko serangan jantung akan tetap wujud. 

Jika anda seorang perokok, paras kolesterol akan tidak menentu kerana tabiat merokok dan badan perokok sememangnya tinggi radang. Jadi anda tetap berisiko untuk dapat serangan jantung. 


Kesimpulan 

Bacaan kolesterol semata-mata tidak boleh dijadikan kayu ukur kepada keseluruhan taraf kesihatan kita. Kita mesti faham dan tahu apakah kita terdedah kepada faktor-faktor risiko lain seperti yang dikongsikan di dalam artikel ini. Pemeriksaan kolesterol secara berkala, iaitu setiap 3 hingga 6 bulan sekali, boleh membantu kita mengawal bacaan kolesterol supaya berada di tahap optimum. 

#nextlevelblogging 
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

----
Master Puteri @ Coach Gula
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.
Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty
----
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.









Comments

Popular posts from this blog

Petua Hilangkan Jeragat Dengan Selamat

Apa itu jeragat? Jeragat ialah keadaan warna kulit yang menjadi lebih gelap, akibat penghasilan melanin yang berlebihan. Jeragat boleh terjadi pada satu tempat pada kulit, dan boleh juga merebak, dan bercantum menjadi kawasan jeragat lebih besar pada kulit. Keadaan kulit yang berjeragat menyebabkan warna kulit menjadi tidak sekata dan nampak bertompok-tompok.  Terdapat 3 jenis jeragat iaitu :  1- Sun spot/ tompok matahari Jeragat jenis ini adalah yang paling biasa kita lihat pada kulit wajah dan badan manusia. Jeragat ini terbentuk apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari dalam jangka masa yang lama, tanpa perlindungan seperti sun screen dan pakaian yang menutup kawasan kulit. Sebenarnya tompok matahari itu adalah tindakan kulit menghasilkan melanin supaya kulit terlindung daripada sinar uv matahari yang berbahaya.  2- Melasma  Melasma adalah sejenis "skin disorder" yang banyak terjadi kepada wanita berkulit gelap. Punca melasma yang paling biasa ialah akibat perubahan h

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Kulit Kering

Assalamualaikum semua dan salam cukup manis :')  Hari ini kita dah pun masuk 14 Ramadhan, bermakna separuh bulan sudah berlalu, dan tak lama lagi kita akan menyambut Syawal. Kebiasaannya minggu ke-3 dan ke-4 Ramadhan orang akan "gear up" untuk persiapan Syawal seperti juadah raya dan baju raya. Tetapi ramai juga yang nak "kurus sebelum raya" dan "kulit cantik sebelum raya", betul tak? Untuk vitamin kulit supaya dapat kulit cantik berseri sebelum raya ni, Coach boleh tolong anda dapatkan penyelesaiannya, dengan harga rahmah mampu milik Insha Allah.  Masalah kulit kering di bulan Ramadhan  Antara masalah utama kulit kita di bulan Ramadhan, ialah masalah kulit kering.  Masalah kulit kering ini pula akan menyebabkan parut lambat pudar, dan lama kelamaan, kulit akan jadi kusam dan cepat berkedut. Kulit kering juga boleh menyebabkan mekap jadi tidak cantik seperti yang kita mahu. Jadi bayangkan selama sebulan kulit kita kering, mestilah menjelang raya nanti

Zat Lengkap Setiap Hari Dengan Vita-Lize Shaklee

Dalam laporan Global Nutrition Report 2018, mendapati rakyat Malaysia dibebani oleh 3 masalah nutrisi utama iaitu: berat badan berlebihan kurang zat besi pertumbuhan terbantut Masalah nutrisi ini dikenali sebagai "tripple burden" memberi kesan kepada tahap kesihatan rakyat Malaysia secara keseluruhan. Lebih menyedihkan "tripple burden" yang kita alami ini lebih serius berbanding negara-negara kurang maju seperti di Afrika.  Terdapat pula satu kajian yang dijalankan oleh Khazanah Research Institute , diketuai oleh pakar ekonomi tersohor iaitu Profesor Jomo Kwame Sundaram, mendapati rakyat Malaysia terdedah kepada masalah kualiti makanan yang tercemar dengan racun perosak. Makanan yang tercemar ini pula akan memberi kesan kepada kesihatan pengguna. Rakyat Malaysia mengalami kesukaran untuk mendapat zat yang lengkap daripada makanan harian, walaupun makanan tersebut adalah dari sumber semulajadi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.  Tanda-tanda Tubuh Kekurangan Vitam