Skip to main content

Keperluan Wanita Mengandung Secara Fisiologi

Kehamilan untuk pasangan yang baru berkahwin dan merancang untuk membina keluarga secepat mungkin, adalah berita yang amat membahagiakan. Mesti ramai ibu-ibu yang masih ingat bagaimana terujanya perasaan kita apabila melihat 2 garis pada ujian kehamilan betul tak? 




Bersama-sama keterujaan ini, pasangan yang bakal menjadi ibu dan ayah harus sedar tentang keperluan-keperluan yang bakal meningkat untuk wanita ketika mereka mengandung. Keperluan-keperluan ini bukan sahaja untuk fizikal yang berubah, tetapi juga untuk mental dan emosi mereka. 



Perubahan Wanita Mengandung Secara Fisiologi

Terdapat terlalu banyak perubahan yang bakal wanita mengandung alami, bermula hari pertama hamil sehinggalah selamat melahirkan zuriat berharga. Tidak keterlaluan kita boleh katakan perubahan ini akan berlaku dari hujung rambut ke hujung kaki! 

Perubahan secara fisiologi termasuklah : 

  1. Kemunculan hormon hCG (human chorionic gonadotropin) yang hanya dihasilkan oleh tubuh wanita mengandung. Hormon ini dihasilkan secara eksklusif di placenta dan ia boleh dikesan di dalam ujian air kencing dan darah wanita yang mengandung. 

  2. Tubuh wanita mengandung menghasilkan lebih hormon estrogen berbanding ketika mereka tidak mengandung. Hormon estrogen ini juga dihasilkan di placenta, bertugas merangsang perkembangan uterus sepanjang kehamilan dan pengeluaran hormon ini meningkat ketika menghampiri kelahiran. 

  3. Wanita mengandung juga menghasilkan hormon pregesteron yang tinggi, bertujuan menyokong dinding rahim untuk melindungi bayi sepanjang kehamilan. Hormon ini juga penting bagi melindungi wanita daripada mengalami kontraksi pra-matang ketika mengandung. 

  4. Payudara wanita mengandung juga mengalami perubahan yang ketara. Saiz payudara akan bertambah dan kawasan aerola menjadi lebih gelap kesan daripada perubahan hormon sepanjang kehamilan. 

  5. Wanita mengandung juga akan mengalami perubahan pada kulit mereka, walaupun kesannya tidak sama pada setiap wanita. Ada yang akan mengalami kesan regangan kulit pada bahagian perut, kulit lebih gelap pada bahagian leher dan peha. Ada juga wanita mengandung yang mendapati kulit mereka lebih cerah dan berseri-seri ketika hamil. 

  6. Wanita mengandung juga akan mengalami perubahan pada sistem kardiovaskular. Denyut nadi akan bertambah laju, kerana jantung perlu mengepam lebih banyak darah untuk keperluan ibu dan bayi. Pada penghujung kehamilan, lebih banyak darah perlu dihasilkan untuk keperluan bayi dan persiapan kelahiran.

  7. Perubahan ketara juga akan berlaku pada sistem penghadaman ketika wanita mengandung, kesan daripada perubahan hormon. Oleh sebab itu, wanita mengandung akan mengalami rasa mual pada awal kehamilan, dan berisiko untuk mengalami masalah sembelit dan buasir. 

  8. Terdapat juga perubahan pada sistem respiratori dalam tubuh wanita mengandung. Kapasiti paru-paru akan meningkat dan berlaku perubahan rentak pernafasan. Perubahan ini penting untuk memenuhi keperluan ibu dan bayi di dalam kandungan. 
Perubahan-perubahan yang berlaku ini akan memberi kesan kepada tubuh wanita dari awal kehamilan sehingga waktu bersalin tiba. Bagi memastikan wanita mengandung boleh menjalani kehidupan dengan sihat dan cergas, kita mestilah tahu apakah keperluan-keperluan wanita mengandungi yang mesti dipenuhi dengan baik. 

Keperluan Nutrisi Wanita Mengandung 

Keperluan nutrisi wanita mengandung sangat perlu diambil perhatian kerana ia melibatkan 2 nyawa dalam masa yang sama. Ibu perlukan nutrisi yang lengkap bagi menyediakan tubuhnya untuk menjadi "rumah" kepada bayi dalam kandungan selama 9 bulan. Tubuh ibu yang menerima nutrisi lengkap, bermakna bayi juga akan mendapat manfaat nutrisi yang sama. 





Antara keperluan nutrisi wanita mengandung termasuklah :
  • kalori yang mencukupi untuk ibu dan bayi
  • pengambilan protein 
  • makanan yang kaya dengan zat besi
  • makanan yang kaya dengan vitamin C
  • pengambilan supplement asid folik 
  • pengambilan kalsium yang mencukupi 
  • pengambilan air yang mencukupi 
  • makanan yang kaya dengan omega-3 
Nutrisi lengkap untuk wanita mengandung amat penting untuk : 
  • berat badan yang sihat
  • elak masalah tekanan darah tinggi 
  • elak masalah kencing manis ketika hamil (GDM)
  • tumberaran bayi yang sihat di dalam kandungan
  • persiapan tubuh menghadapi proses semasa kelahiran 
  • kurangkan risiko kelahiran bayi pra-matang 

Kesimpulan 

Proses kehamilan merupakan satu cabaran yang besar kepada wanita mengandung kerana berlaku pelbagai perubahan yang perlu diuruskan dengan baik. Pasangan suami isteri yang merancang untuk zuriat, wajib menggali ilmu persediaan kehamilan, kerana ia bukanlah satu perjalanan yang mudah untuk seorang ibu. Tempoh kehamilan adalah sangat mencabar, namun wanita mengandung berupaya melaluinya dengan lancar jika ada sokongan yang baik bagi memenuhi keperluan mereka. 

#nextlevelblogging 
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

----
Master Puteri @ Coach Gula
Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.
----
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

Comments

Popular posts from this blog

5 Aplikasi Wajib Bisnes Online

Sekiranya anda baru nak mulakan bisnes online, anda kena kenal 5 aplikasi wajib ini, yang boleh memudahkan anda untuk menjalankan aktiviti pemasaran setiap hari.  Aplikasi-aplikasi yang saya kongsi ini boleh didapati secara percuma dan sangat mudah digunakan.  1- Canva  Canva adalah aplikasi yang membantu kita merekacipta bahan pemasaran. Apa yang menariknya aplikasi Canva menyediakan banyak template-template untuk kita terus guna. Antara template yang popular digunakan ialah : poster flyers kad nama  brosur klip video logo  Canva juga terdapat dalam versi berbayar, yang mana kita ada lebih banyak pilihan template, gambar, video dan lain-lain bahan untuk konten pemasaran. Sebelum ini Canva hanya boleh digunakan di laman web, tetapi kini sangat mudah dengan aplikasi canva di telefon pintar.  2- WhatsApp Business Ramai orang kenal apa itu WhatsApp, tapi tidak semua orang tahu kelebihan menggunakan WhatsApp Business.  WhatsApp Business adalah aplikasi yang lebih mesra untuk pemilik bisnes

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Kulit Kering

Assalamualaikum semua dan salam cukup manis :')  Hari ini kita dah pun masuk 14 Ramadhan, bermakna separuh bulan sudah berlalu, dan tak lama lagi kita akan menyambut Syawal. Kebiasaannya minggu ke-3 dan ke-4 Ramadhan orang akan "gear up" untuk persiapan Syawal seperti juadah raya dan baju raya. Tetapi ramai juga yang nak "kurus sebelum raya" dan "kulit cantik sebelum raya", betul tak? Untuk vitamin kulit supaya dapat kulit cantik berseri sebelum raya ni, Coach boleh tolong anda dapatkan penyelesaiannya, dengan harga rahmah mampu milik Insha Allah.  Masalah kulit kering di bulan Ramadhan  Antara masalah utama kulit kita di bulan Ramadhan, ialah masalah kulit kering.  Masalah kulit kering ini pula akan menyebabkan parut lambat pudar, dan lama kelamaan, kulit akan jadi kusam dan cepat berkedut. Kulit kering juga boleh menyebabkan mekap jadi tidak cantik seperti yang kita mahu. Jadi bayangkan selama sebulan kulit kita kering, mestilah menjelang raya nanti

5 Kepentingan Vitamin C Shaklee

Vitamin C memainkan peranan yang sangat penting bagi menyokong sistem tubuh yang sihat. Permintaan vitamin C Shaklee sentiasa tinggi, terutamanya semasa negara kita diserang virus covid 19.  Kesedaran masyarakat untuk menguatkan sistem pertahanan tubuh daripada serangan virus, terus meningkat dan vitamin C Shaklee memang sentiasa menjadi pilihan.  Dan kini dengan berita tentang siapsiaga Kementerian Kesihatan Malaysia menghadapi serangan virus X pula, jadi tidak salah sekiranya amalan pengambilan vitamin C Shaklee diteruskan oleh orang ramai.  Vitamin C adalah sejenis vitamin larut air, bermakna tubuh kita tidak akan menyimpan vitamin C di dalam badan, dan lebihannya akan dibuang melalui air kencing. Ini bermakna vitamin C perlu sentiasa cukup diambil setiap hari.  Oleh kerana tubuh kita tidak dapat menghasilkan vitamin C sendiri , jadi kita mesti mendapatkan vitamin C daripada makanan ataupun supplement. Antara makanan yang kaya dengan vitamin C termasuklah :  Buah : oren, lemon, bua