Skip to main content

Set Mengandung Shaklee

Pasangan yang bakal menimang cahaya mata, pasti teruja untuk membuat pelbagai persiapan, samada untuk ibu yang mengandung dan juga keperluan untuk cahayamata yang bakal lahir. Salah satu keperluan penting yang wajib diberikan keutamaan ialah kelengkapan nutrisi dalam bentuk supplement yang mesti diamalkan sepanjang kehamilan. 

Pilihan saya semestinya SET MENGANDUNG SHAKLEE kerana saya telah menikmati khasiat dan keberkesanan set mengandung Shaklee ini ketika mengandung anak ke-3 dalam tahun 2015. Sebelum saya mengamalkan set ini, saya sudah pun ada pengalaman dengan set menyusu Shaklee untuk anak ke-2. 

Sebenarnya Set Mengandung Shaklee ini pilihan yang sangat popular di kalangan ibu-ibu di Malaysia. Sebab itu mudah sangat untuk kita lihat pelbagai testimoni dikongsi oleh mereka yang mengamalkannya. 

Kebaikan Set Mengandung Shaklee

Secara umumnya, set mengandung Shaklee ini memberi manfaat kepada ibu dan juga bayi di dalam kandungan.

Antaranya termasuklah : 

  • menguatkan rahim ibu
  • mengelak kencing manis semasa hamil
  • meningkatkan paras HB yang rendah 
  • mengawal berat badan supaya tidak naik mendadak 
  • mengurangkan risiko jangkitan penyakit kepada ibu 
  • menguatkan imun ibu dan anak (selepas kelahiran)
Oleh kerana Set Mengandung Shaklee ini lengkap dengan protein, vitamin dan mineral yang penting untuk kesihatan ibu sepanjang kehamilan, faedahnya boleh terus dinikmati oleh ibu dan bayi selepas bersalin juga. 

Jom kita lihat satu persatu supplement yang ada dalam Set Mengandung Shaklee.

Protein ESP


Protein adalah asas kepada sel yang sihat, dan sel yang sihat akan menyokong perkembang tubuh yang sihat, untuk ibu dan juga bayi dalam kandungan. Protein ESP bukan sekadar protein soya, tetapi juga kaya dengan kalsium. ESP dihasilkan daripada soya non-gmo, merupakan minuman protein soya yang sangat berkualiti tinggi dan selamat untuk diminum oleh ibu-ibu mengandung. Berikut adalah manfaat-manfaat ESP untuk ibu-ibu : 

  • mengenyangkan dalam tempoh yang lama
  • pilihan snek yang sihat dan tidak menggemukkan 
  • mengurangkan berlakunya stretch marks 
  • mengawal peningkatan berat badan 
  • mengelakkan masalah kurang berat badan
  • mengawal gula dalam darah 
  • mengelakkan masalah GDM (kencing manis ketika mengandung)
  • mengelakkan masalah sembelit 
  • menghilangkan lenguh-lenguh badan 

OsteNutrix 


Ostenutrix adalah supplement yang mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D, boron dan lain-lain mineral yang menyokong tulang yang sihat. Untuk ibu-ibu mengandung, supplement Ostenutrix adalah wajib untuk diamalkan setiap hari kerana manfaat-manfaat yang sangat hebat, seperti : 
  • mengurangkan masalah sembelit
  • mengelakkan masalah kejang otot 
  • tidur lebih lena 
  • menghilangkan lenguh-lenguh badan 
  • mengurangkan tekanan perasaan 
  • menguatkan tulang dan gigi 
  • mengelakkan serangan sakit kepala 



Vita-Lize 

Vita-Lize adalah supplement multivitamin dan multimineral, termasuklah zat besi yang sangat penting untuk ibu-ibu mengandung. Vita-Lize mengandungi 25 jenis vitamin dan mineral yang boleh memenuhi keperluan ibu-ibu sepanjang tempoh tempoh kehamilan. 

Antara kebaikan Vita-Lize untuk ibu-ibu ialah : 
  • mengekalkan paras HB yang sihat sepanjang kehamilan
  • mengelakkan masalah "craving" yang melampau 
  • mencukupkan zat harian ibu 
  • mengekalkan tekanan darah yang sihat
  • mengurangkan masalah sakit kepala dan mual 
  • memberi tenaga kepada ibu sepanjang hari 
  • mengawal paras gula dalam darah
  • mengelakkan masalah GDM (kencing manis ketika mengandung)

B-Complex Plus with Acid Folic 


B Complex Plus adalah supplement yang mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting, dilengkapi dengan asid folik. Supplement ini sangat penting untuk ibu-ibu mengandung amalkan, bagi memastikan perkembangan janin berjalan lancar. Dan sebenarnya, mana-mana wanita yang merancang untuk mengandung, mesti amalkan B Complex sebelum hamil lagi. 

Antara kebaikan B-Complex ialah : 
  • membantu perkembangan saraf bayi dalam kandungan 
  • mengawal tekanan emosi ibu hamil 
  • mengawal paras gula dalam darah 
  • mengelakkan masalah GDM (kencing manis ketika mengandung)


Berita baik untuk semua ibu-ibu mengandung, kali ini Shaklee menyediakan Set Mengandung Shaklee bersama-sama produk hebat Tanamera, Embun Smooth Tummy Oil dan Embun Relaxing Magnesium Oil. Bersama-sama nutrisi lengkap dalam 4 jenis supplement, ibu-ibu boleh memanjakan diri dengan produk Tanamera yang berkualiti tinggi. 





TESTIMONI 




Ibu-ibu mengandung perlu memberi keutamaan kepada kesihatan dan kesejahteraan diri dan bayi dalam kandungan dengan sepenuhnya. Gunakan peluang ketika mengandung untuk memberikan zat terbaik untuk diri sendiri dan juga bayi. Ini adalah pelaburan yang sangat berbaloi-baloi untuk keluarga. Ibu yang sihat ketika mengandung, Insha Allah akan mudah melalui proses kelahiran dan juga berpantang. 

Untuk konsultasi lanjut tentang Set Mengandung Shaklee, jangan tangguh lagi, hubungi saya ya! 


#nextlevelblogging 
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

----
Master Puteri @ Coach Gula
Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.
----
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

Comments

Popular posts from this blog

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Kulit Kering

Assalamualaikum semua dan salam cukup manis :')  Hari ini kita dah pun masuk 14 Ramadhan, bermakna separuh bulan sudah berlalu, dan tak lama lagi kita akan menyambut Syawal. Kebiasaannya minggu ke-3 dan ke-4 Ramadhan orang akan "gear up" untuk persiapan Syawal seperti juadah raya dan baju raya. Tetapi ramai juga yang nak "kurus sebelum raya" dan "kulit cantik sebelum raya", betul tak? Untuk vitamin kulit supaya dapat kulit cantik berseri sebelum raya ni, Coach boleh tolong anda dapatkan penyelesaiannya, dengan harga rahmah mampu milik Insha Allah.  Masalah kulit kering di bulan Ramadhan  Antara masalah utama kulit kita di bulan Ramadhan, ialah masalah kulit kering.  Masalah kulit kering ini pula akan menyebabkan parut lambat pudar, dan lama kelamaan, kulit akan jadi kusam dan cepat berkedut. Kulit kering juga boleh menyebabkan mekap jadi tidak cantik seperti yang kita mahu. Jadi bayangkan selama sebulan kulit kita kering, mestilah menjelang raya nanti ...

Mengapa Saya Memilih Vitamin Shaklee

Perkongsian kali ini membawa saya mengimbau kenangan lebih 12 tahun yang lalu. Ketika itu saya hamil anak kedua, dan mencari-cari produk untuk berpantang dan menyusu.  Selepas bersalin anak pertama, saya ada menggunakan produk herba, sepanjang tempoh berpantang. Saya dapati produk yang saya guna tidak beri apa-apa kesan yang saya idamkan.  Saya ambil masa hampir sebulan untuk pulih selepas bersalin secara c-section.  Berat badan saya selepas bersalin ambil masa dekat setahun untuk kembali ke berat badan normal.  Oleh kerana saya juga bekerja sepenuh masa ketika itu, saya mengalami masalah untuk mengepam susu yang cukup untuk bekalan anak ketika saya bekerja (saya berjaya mengepam dan direct feeding anak pertama selama 15 bulan, Alhamdulillah).  Pengalaman anak pertama ini membuatkan saya mencari penyelesaian baru untuk anak kedua.  Saya mahu pulih segera selepas c-section (anak kedua juga adalah planned c-section).  Saya mahu berat badan kembali ke ber...

Kelas Zoom Coach Gula, Ketagih Gula : Lawan Atau Layan?

 Assalamualaikum dan apa khabar rakan-rakan Cukup Manis semua :')  Hari ni Coach rasa happy sangat sebab dah terlaksana hajat Coach sejak tahun lepas, nak buat kelas zoom untuk berkongsi hal-hal berkaitan gula dan ketagihan gula. Kelas Zoom ni Coach buat selama 3 jam pada hari Sabtu, dan 3 jam lagi pada hari Ahad. Alhamdulillah, ada 12 orang telah menyertai kelas.  Antara topik-topik yang kami bincangkan sepanjang 2 hari kelas termasuklah :  jenis-jenis gula isu gula dan ultra processe food ketagihan gula sugar withrawal  langkah mulakan Cabaran Cukup Manis  pendekatan 3R Coach Gula  Kelas Zoom Coach Gula, hari pertama.  Kelas Zoom Coach Gula, hari kedua. Antara topik yang kami bincangkan dalam Kelas Zoom Coach Gula Apakah beza antara gula kurniaan Tuhan vs gula ciptaan tangan manusia? Untuk sedikit sedutan perkongsian Coach dalam kelas zoom, rakan-rakan boleh tengok klip pendek di Youtube ini.    Coach buka peluang untuk anda yang mahu ...