Assalamualaikum semua pembaca blog PAF Wellness yang cukup manis :') Hari ini genap seminggu kita berpuasa dalam bulan Ramadhan tahun ini, dan Coach harap anda semua sihat-sihat belaka, ceria dan cergas melaksanakan ibadah puasa, bertadarus dan berterawih setiap hari. Untuk perkongsian kali ini, Coach nak bercerita tentang 5 pilihan menu sahur yang amat membantu kita untuk kenyang lebih lama. Sebelum itu mari kita lihat, 5 keperluan tubuh kita semasa berpuasa terlebih dahulu. 1- Tubuh memerlukan vitamin dan mineral yang mencukupi untuk cergas dan aktif ketika berpuasa 2- Tubuh memerlukan air dan elektrolit untuk elak dahaga keterlaluan 3- Tubuh memerlukan serat untuk mudah buang air besar, tidak sembelit ketika berpuasa 4- Tubuh memerlukan protein untuk kenyang lebih lama selepas bersahur dan berbuka 5- Tubuh memerlukan karbohidrat untuk bekalan tenaga sepanjang hari Jadi untuk memenuhi keperluan tubuh kita sepanjang Ramadhan, pemilihan menu semasa b...