Selama 12 tahun Coach menjadi pengguna tegar produk Shaklee, ternyata Coach sudah jumpa apa yang Coach mahu bersama jenama ini, baik dari kesihatan, dan juga dari gaya hidup sekeluarga.
Jadi kali ini, izinkan Coach berkongsi pula dengan anda semua, 7 sebab yang anda kena tahu, menjadikan Shaklee adalah pilihan supplement terbaik di Malaysia.
Jenama Shaklee bukanlah jenama yang baru (walaupun mungkin anda baru saja kenal). Pengasasnya, Dr. Forrest C Shaklee memulakan legasi inovasi, sains dan teknologi, 100 tahun yang lalu, bermula dengan ciptaan multivitamin pertama di dunia iaitu Vitalized Mineal, yang sekarang ini dikenali sebagai Vita-lea Iron Plus.
Kenangan kami bergambar di kerusi meja tulis Dr. Shaklee, tempat beliau mencipta pelbagai inovasi yang kita nikmati hari ini. So exciting!
Secara ringkas berikut adalah inovasi produk Shaklee:
1915 : Menghasilkan Vitalized Minerals, salah satu multivitamin pertama di dunia
1960 : Mencipta Basic-H, perintis dalam pembersih bebas toksik dan "biodegradable"
1961 : Mencipta Instant Protein, salah satu produk "soy isolate" pertama dalam pasaran
1970 : Menghasilkan supplement minyak ikan semulajadi, antara yang pertama di dunia
1981 : Mencipta vitamin C jenis pelepasan berperingkat, berasaskan tumbuhan, yang pertama
2005 : Menghasilkan Nutriferon, supplement pemangkin interferon yang pertama dalam pasaran
Sehingga ke hari ini, Shaklee meneruskan inovasi produk semulajadi, termasuk dalam rangkaian penjagaan wajah 100% vegan iaitu Youth. Shaklee Corporation melaburkan berbillion-billion USD bagi meneruskan inovasi produk yang selamat, berkesan dan semulajadi untuk kita nikmati.
2) In Harmony With Nature
Falsafah Shaklee sejak awal penubuhan iaitu "In Harmony With Nature" masih dipegang sehingga ke hari ini dalam setiap produk, penyelidikan dan pembangunan syarikat. Coach masih ingat ketika kami melawat Ibu Pejabat Shaklee di Pleasanton California, bangunan itu sendiri sungguh "In Harmony With Nature" tanpa penyaman udara, dan kapet yang dibuat daripada bahan kitar semula.
Sejak Coach kenal dengan jenama Shaklee dan memahami falsafah Dr. Shaklee, Coach rasa ini lah pilihan terbaik untuk diri sendiri dan keluarga. Bukan sahaja kita mahukan produk yang selamat untuk kita guna, tapi juga kita mahu produk kita itu tidak merosakkan alam sekitar yang menjadi tempat tinggal kita juga. Coach akui, sejak kenal dengan Shaklee, semakin tinggi kesedaran tentang keselamatan produk yang kita guna setiap hari. You are what you eat, you are what you use, daily!
3) Produk yang disokong oleh kajian klinikal
Shaklee mempunyai satu tagline iaitu Clinical Results Without Compromise™yang bermaksud, setiap produk yang dihasilkan ada sokongan kajian klinikal yang mengikut penandaaras saintifik yang ketat. Formula-formula yang digunakan dalam produk Shaklee, hanya boleh didapati di Shaklee sahaja, kerana Shaklee mempunyai lebih 100 patent dan patent-pending formula.
Bermakna, hanya Shaklee sahaja yang boleh menghasilkan produk dengan formula tertentu, tidak boleh ditiru oleh mana-mana pihak lain. Shaklee mempunyai 135 kajian klinikal, scientific papers dan pembentangan saintifik.
Sebab itulah Coach tidak ragu-ragu mengamalkan produk Shaklee dalam setiap fasa kehidupan, samada ketika hamil, menyusukan anak, dan sekarang memasuki usia 40-an. Coach juga sangat yakin untuk berkongsi kebaikan produk Shaklee dengan anak-anak kerana yakin ianya ada kajian klinikal, dan bukanlah produk sebarangan.
Anda boleh layari website untuk membaca semua kajian klinikal yang ditaja oleh Shaklee, dijalankan oleh saintis-saintis berpengalaman.
Landmark Study adalah satu kajian yang diketuai oleh Dr. Gladys Block, seorang saintis dan penyelidik epidemiologi terkenal dari Universiti Berkeley California. Kajian ini mengumpulkan maklumat kesihatan dari pengguna-pengguna supplement dalam satu tempoh masa, untuk melihat kesan kepada taraf kesihatan mereka.
Tonton video ini untuk memahami tentang Landmark Study Shaklee
Kajian ini mendapati pengamal supplement Shaklee mempunyai taraf kesihatan lebih baik berbanding orang-orang yang tidak mengamalkan supplement, dan berbanding orang-orang yang mengambil satu jenis supplement dari jenama lain.
Kajian ini juga mendapati kesihatan jantung, kesihatan otak dan kesihatan kognitif pengguna supplement Shaklee adalah lebih baik daripada orang-orang yang tidak mengamalkan supplement dan orang-orang yang mengamalkan satu jenis supplement sahaja daripada jenama lain.
Seronok kan, bila ada bukti sebegini, meningkatkan keyakinan kita untuk menggunakan Shaklee seumur hidup, Insha Allah.
Telomore Study adalah satu kerjasama kajian saintifik di antara Shaklee dengan Dr. Elizabeth Blackburn, seorang pemenang hadiah Nobel perubatan. Kepakaran beliau adalah dalam bidang kajian telomere.
Dr. Elizabeth Blackburn bersama pasukan saintis Shaklee
Apakah itu telomere?
Secara ringkas, telomere ni merupakan ekor pada kromosom (digambarkan macam hujung tali kasut), yang menentukan jangka hayat manusia. Kalau panjang telomere, jangka hayat pun panjang, kalau pendek telomere, jangka hayat pun pendek.
Panjang atau pendek telomere kita banyak dipengaruhi oleh bagaimana cara kita menjadi tua (ageing). Jika penuaan tidak sihat, banyak penyakit akan hinggap di tubuh badan kita. Jika penuaan berlaku secara sihat, kita boleh kekal sihat dan awet muda. Banyak penyakit termasuk kanser adalah disebabkan oleh proses penuaan yang tidak sihat. Jadi untuk benar- benar ambil peduli tentang kesihatan menyeluruh, kita kena tahu tentang kesihatan sehingga ke tahap DNA kita.
Jadi dalam Kajian Telomere yang dijalankan oleh Dr. Elizabeth Blackburn, mendapati kumpulan orang-orang yang mengamalkan supplement Shaklee dalam jangkamasa panjang, telah melambatkan pemendekan telomere mereka sebanyak 40%, berbanding orang-orang dalam kumpulan yang tidak mengamalkan supplement Shaklee. Untuk pengetahuan anda, semua orang yang terlibat dalam kajian ini adalah dari kalangan orang dewasa yang belum ada apa-apa penyakit.
Kajian Telomere ini membuktikan keseriusan Shaklee untuk menghasilkan produk yang benar-benar memberi kesan kepada penggunanya, bukan setakat nampak luaran sahaja sihat, tetapi juga benar-benar sihat sehingga ke peringkat DNA, Insha Allah.
6) The Shaklee Difference
Shaklee amat komited menghasilkan produk yang bertaraf tinggi untuk penggunanya. The Shaklee Difference, merujuk kepada 5 perkara berikut, yang dinikmati oleh pengamal supplement Shaklee, termasuklah Coach dan keluarga.
1- Produk Shaklee bebas daripada bahan-bahan kimia berbahaya sepertimana yang mungkin terdapat pada jenama lain
2- Produk Shaklee tertakluk kepada standard keselamatan yang paling tinggi, tiada kompromi.
3- Produk Shaklee menjaga alam sekitar.
4- Semua produk Shaklee adalah bebas gluten.
5- Produk Shaklee tidak diuji ke atas binatang.
Dengan adanya Shaklee Difference ini, Shaklee boleh claim bahawasanya produk-produk Shaklee adalah selamat, terbukti (dengan sokongan kajian saintifik) dan berkesan. Dan sebagai pengguna setia selama 12 tahun, I can vouch for this too!
7) 29 Tahun Di Malaysia
Poin terakhir Coach dalam post kali ini ialah berkenaan usia Shaklee di Malaysia yang sudah mencecah 29 tahun - bermakna produk ini dipercayai oleh rakyat Malaysia. Shaklee juga telah memenangi Reader's Digest Award untuk tahun 2020 dan 2021, mengukuhkan lagi jenamanya di hati rakyat Malaysia.
Shaklee memenangi Trusted Brand Award 2021 & 2022 untuk kategori Vitamins / Health Supplements.
Dengan 7 poin yang Coach kongsi ini, Coach berasa sangat bertuah diberi rezeki atas pertemuan kami sekeluarga dengan jenama Shaklee ini. Dengan izin Allah, kesihatan kami sekeluarga bertambah baik sejak mengamalkan produk Shaklee dan Coach sendiri membina impian mahu bekerja dari rumah, juga bersama Shaklee. Alhamdulillah syukur dengan rezeki Allah bagi.
Kini Coach sudah 12 tahun bersama Shaklee, ayuh sertailah kami hari ini, sama-sama kita bina kesihatan yang lebih baik dengan supplement terbaik Shaklee.
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.
----
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.
Sekiranya anda baru nak mulakan bisnes online, anda kena kenal 5 aplikasi wajib ini, yang boleh memudahkan anda untuk menjalankan aktiviti pemasaran setiap hari. Aplikasi-aplikasi yang saya kongsi ini boleh didapati secara percuma dan sangat mudah digunakan. 1- Canva Canva adalah aplikasi yang membantu kita merekacipta bahan pemasaran. Apa yang menariknya aplikasi Canva menyediakan banyak template-template untuk kita terus guna. Antara template yang popular digunakan ialah : poster flyers kad nama brosur klip video logo Canva juga terdapat dalam versi berbayar, yang mana kita ada lebih banyak pilihan template, gambar, video dan lain-lain bahan untuk konten pemasaran. Sebelum ini Canva hanya boleh digunakan di laman web, tetapi kini sangat mudah dengan aplikasi canva di telefon pintar. 2- WhatsApp Business Ramai orang kenal apa itu WhatsApp, tapi tidak semua orang tahu kelebihan menggunakan WhatsApp Business. WhatsApp Business adalah aplikasi yang lebih mesra untuk pemilik bisnes
Assalamualaikum semua dan salam cukup manis :') Hari ini kita dah pun masuk 14 Ramadhan, bermakna separuh bulan sudah berlalu, dan tak lama lagi kita akan menyambut Syawal. Kebiasaannya minggu ke-3 dan ke-4 Ramadhan orang akan "gear up" untuk persiapan Syawal seperti juadah raya dan baju raya. Tetapi ramai juga yang nak "kurus sebelum raya" dan "kulit cantik sebelum raya", betul tak? Untuk vitamin kulit supaya dapat kulit cantik berseri sebelum raya ni, Coach boleh tolong anda dapatkan penyelesaiannya, dengan harga rahmah mampu milik Insha Allah. Masalah kulit kering di bulan Ramadhan Antara masalah utama kulit kita di bulan Ramadhan, ialah masalah kulit kering. Masalah kulit kering ini pula akan menyebabkan parut lambat pudar, dan lama kelamaan, kulit akan jadi kusam dan cepat berkedut. Kulit kering juga boleh menyebabkan mekap jadi tidak cantik seperti yang kita mahu. Jadi bayangkan selama sebulan kulit kita kering, mestilah menjelang raya nanti
Vitamin C memainkan peranan yang sangat penting bagi menyokong sistem tubuh yang sihat. Permintaan vitamin C Shaklee sentiasa tinggi, terutamanya semasa negara kita diserang virus covid 19. Kesedaran masyarakat untuk menguatkan sistem pertahanan tubuh daripada serangan virus, terus meningkat dan vitamin C Shaklee memang sentiasa menjadi pilihan. Dan kini dengan berita tentang siapsiaga Kementerian Kesihatan Malaysia menghadapi serangan virus X pula, jadi tidak salah sekiranya amalan pengambilan vitamin C Shaklee diteruskan oleh orang ramai. Vitamin C adalah sejenis vitamin larut air, bermakna tubuh kita tidak akan menyimpan vitamin C di dalam badan, dan lebihannya akan dibuang melalui air kencing. Ini bermakna vitamin C perlu sentiasa cukup diambil setiap hari. Oleh kerana tubuh kita tidak dapat menghasilkan vitamin C sendiri , jadi kita mesti mendapatkan vitamin C daripada makanan ataupun supplement. Antara makanan yang kaya dengan vitamin C termasuklah : Buah : oren, lemon, bua
Laju dia ekkk...
ReplyDeletehahaha dgn harapan leh menang
Delete