Skip to main content

5 Menu Sahur Pilihan Coach Gula

 Assalamualaikum semua pembaca blog PAF Wellness yang cukup manis :') 

Hari ini genap seminggu kita berpuasa dalam bulan Ramadhan tahun ini, dan Coach harap anda semua sihat-sihat belaka, ceria dan cergas melaksanakan ibadah puasa, bertadarus dan berterawih setiap hari. 

Untuk perkongsian kali ini, Coach nak bercerita tentang 5 pilihan menu sahur yang amat membantu kita untuk kenyang lebih lama. 

Sebelum itu mari kita lihat, 5 keperluan tubuh kita semasa berpuasa terlebih dahulu. 

1- Tubuh memerlukan vitamin dan mineral yang mencukupi untuk cergas dan aktif ketika berpuasa

2- Tubuh memerlukan air dan elektrolit untuk elak dahaga keterlaluan

3- Tubuh memerlukan serat untuk mudah buang air besar, tidak sembelit ketika berpuasa

4- Tubuh memerlukan protein untuk kenyang lebih lama selepas bersahur dan berbuka

5- Tubuh memerlukan karbohidrat untuk bekalan tenaga sepanjang hari 

Jadi untuk memenuhi keperluan tubuh kita sepanjang Ramadhan, pemilihan menu semasa bersahur amatlah penting. Di sini Coach akan share 5 menu sahur pilihan, yang menjadi kegemaran Coach setiap kali Ramadhan tiba. 


Bagi Coach, telur adalah makanan paling simple tetapi sangat sangat padat dengan khasiat. Telur mengandungi protein, lemak sihat, zat besi, vitamin, mineral dan karatenoid. Untuk menu sahur, telur boleh dipelbagaikan seperti telur rebus, telur setengah masak, telur dadar, dan telur hancur. Hanya tambah garam dan lada hitam/ lada sulah, ringkas sahaja untuk waktu sahur. Telur amat baik untuk rasa kenyang lebih lama dan dapat mengurangkan cravings ketika berpuasa. 


Buah kurma pula amat baik untuk bekalan tenaga kerana ia kaya dengan karbohidrat selain daripada serat. Buah kurma ini sangat istimewa, mengandungi gula semulajadi, tetapi tidak menyebabkan gula dalam darah naik mendadak seperti gula putih. Dalam sebiji buah kurma sahaja ada 70-80 peratus gula, selain kaya dengan serat dan antioksida. Kita juga boleh dapat bonus pahala mengambil sunnah Rasulullah.

Ubi keledek adalah salah satu menu bersahur yang paling Coach suka. Rasanya manis dan berlemak, sangat sesuai dengan selera Coach di awal pagi. Keledek merupakan makanan dari kategori karbohidrat kompleks, jadi ia boleh membekalkan tenaga ketika berpuasa. Coach suka keledek rebus ataupun stim, memang puas makan!

Sup juga antara kegemaran Coach untuk dijadikan menu sahur. Yang mudahnya sup ini, kita boleh sediakan terlebih dahulu dan simpan dalam peti sejuk, dan panaskan untuk dimakan bila kita mahu. Antara sup pilihan yang kita boleh sediakan untuk bersahur, seperti, sup sayur, sup ayam, sup daging, sup tulang, sup cendawan, sup labu, sup tomato dan pelbagai lagi pilihan. Kita boleh pelbagaikan bahan di dalam sup bagi melengkapkan dengan vitamin dan mineral lain.

Pilihan Coach yang ke-5 dan telah menjadi menu sahur wajib sejak 12 tahun lepas ialah minuman protein Cinch Shake Shaklee. Cinch shake lengkap dengan protein, vitamin, mineral, serat dan leucine untuk otot. Cinch shake adalah sebahagian daripada Set Puasa Shaklee yang Coach amalkan sejak sekian lama.

Bagi Coach, yang penting ketika bersahur ialah menu mudah disediakan dan berkhasiat. Jadi kelima-lima pilihan Coach ini memenuhi syarat penting itu. Semoga perkongsian ini memberi ilham kepada anda untuk menyediakan menu bersahur sepanjang Ramadhan tahun ini.

#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023

----
Master Puteri @ Coach Gula
Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.
----
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

Comments

  1. Sedapppnye menu sahur bersama telur. Terima kasih perkongsian coach.

    ReplyDelete
    Replies
    1. telur mmg #1 dalam menu sahur - terpaling senang hehe

      Delete
  2. Saya suka semua cadangan sahur coach

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah semua menu coach mmg ringkas, mudah..idah paling suka sahur dengan telur rebus. kenyang dan badan rasa ringan je..

    ReplyDelete
  4. Sharing coach memang menarik! Thank youuuu. 😀

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petua Hilangkan Jeragat Dengan Selamat

Apa itu jeragat? Jeragat ialah keadaan warna kulit yang menjadi lebih gelap, akibat penghasilan melanin yang berlebihan. Jeragat boleh terjadi pada satu tempat pada kulit, dan boleh juga merebak, dan bercantum menjadi kawasan jeragat lebih besar pada kulit. Keadaan kulit yang berjeragat menyebabkan warna kulit menjadi tidak sekata dan nampak bertompok-tompok.  Terdapat 3 jenis jeragat iaitu :  1- Sun spot/ tompok matahari Jeragat jenis ini adalah yang paling biasa kita lihat pada kulit wajah dan badan manusia. Jeragat ini terbentuk apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari dalam jangka masa yang lama, tanpa perlindungan seperti sun screen dan pakaian yang menutup kawasan kulit. Sebenarnya tompok matahari itu adalah tindakan kulit menghasilkan melanin supaya kulit terlindung daripada sinar uv matahari yang berbahaya.  2- Melasma  Melasma adalah sejenis "skin disorder" yang banyak terjadi kepada wanita berkulit gelap. Punca melasma yang paling biasa ialah akibat perubahan h

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Kulit Kering

Assalamualaikum semua dan salam cukup manis :')  Hari ini kita dah pun masuk 14 Ramadhan, bermakna separuh bulan sudah berlalu, dan tak lama lagi kita akan menyambut Syawal. Kebiasaannya minggu ke-3 dan ke-4 Ramadhan orang akan "gear up" untuk persiapan Syawal seperti juadah raya dan baju raya. Tetapi ramai juga yang nak "kurus sebelum raya" dan "kulit cantik sebelum raya", betul tak? Untuk vitamin kulit supaya dapat kulit cantik berseri sebelum raya ni, Coach boleh tolong anda dapatkan penyelesaiannya, dengan harga rahmah mampu milik Insha Allah.  Masalah kulit kering di bulan Ramadhan  Antara masalah utama kulit kita di bulan Ramadhan, ialah masalah kulit kering.  Masalah kulit kering ini pula akan menyebabkan parut lambat pudar, dan lama kelamaan, kulit akan jadi kusam dan cepat berkedut. Kulit kering juga boleh menyebabkan mekap jadi tidak cantik seperti yang kita mahu. Jadi bayangkan selama sebulan kulit kita kering, mestilah menjelang raya nanti

Zat Lengkap Setiap Hari Dengan Vita-Lize Shaklee

Dalam laporan Global Nutrition Report 2018, mendapati rakyat Malaysia dibebani oleh 3 masalah nutrisi utama iaitu: berat badan berlebihan kurang zat besi pertumbuhan terbantut Masalah nutrisi ini dikenali sebagai "tripple burden" memberi kesan kepada tahap kesihatan rakyat Malaysia secara keseluruhan. Lebih menyedihkan "tripple burden" yang kita alami ini lebih serius berbanding negara-negara kurang maju seperti di Afrika.  Terdapat pula satu kajian yang dijalankan oleh Khazanah Research Institute , diketuai oleh pakar ekonomi tersohor iaitu Profesor Jomo Kwame Sundaram, mendapati rakyat Malaysia terdedah kepada masalah kualiti makanan yang tercemar dengan racun perosak. Makanan yang tercemar ini pula akan memberi kesan kepada kesihatan pengguna. Rakyat Malaysia mengalami kesukaran untuk mendapat zat yang lengkap daripada makanan harian, walaupun makanan tersebut adalah dari sumber semulajadi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.  Tanda-tanda Tubuh Kekurangan Vitam