Skip to main content

5 Keburukan Intermittent Fasting Tanpa Anda Sedari

 Assalamualaikum dan salam cukup manis :') 

Untuk perkongsian kali ini, Coach nak bercerita sedikit tentang keburukan intermittent fasting, tanpa kita sedari. Coach faham ramai yang suka dengan teknik intermittent fasting dan sudah terbiasa dengan intermittent fasting, tapi awas yer, ada beberapa keburukan intermittent fasting yang boleh memberi kesan kepada tubuh kita, tanpa kita sedari. Dalam artikel ini, Coach akan kongsi 5 keburukan intermittent fasting dan cadangan solusi kepada masalah ini. 



1- Rasa lapar keterlaluan ketika intermittent fasting 

Ketika kita melakukan intermittent fasting, kita tidak boleh makan, dan hanya dibenarkan minum sahaja. Bagi anda yang baru bermula, anda mungkin akan mengalami rasa lapar yang keterlaluan walaupun hanya melakukan intermittent fasting secara minimal 12 jam sahaja. Antara faktor yang menyebabkan anda rasa lapar keterlaluan ketika intermittent fasting ialah makanan yang dimakan sebelum mulakan intermittent fasting itu tinggi dengan gula. Makanan tinggi gula menyebabkan kita boleh mengalami sugar withdrawal ketika sedang berpuasa dan ini punca kepada rasa lapar yang keterlaluan. 

Solusi : Sekiranya anda menghadapi masalah rasa lapar keterlaluan ketika intermittent fasting, anda perlu audit semula apakah makanan terakhir yang anda makan sebelum memulakan puasa. Pastikan makanan yang anda makan itu boleh memberi rasa kenyang yang lebih lama, seperti protein dan lemak yang sihat. 

2- Rasa letih dan tidak bermaya 

Rasa letih dan tidah bermaya juga antara masalah yang biasa dialami ketika intermittent fasting. Masalah ini biasanya dihadapi sekiranya kita tidak fokus kepada zat dalam makanan yang kita ambil ketika tempoh "eating window". Ketika berpuasa, kita menggunakan zat-zat yang tersimpan sedia ada di dalam tubuh an kita mesti ganti dengan zat baru ketika tiba tempoh makan. Ada orang yang makan makanana segera ketika dalam tempoh makan, jadi mereka tidak mendapat zat yang secukupnya untuk membantu tubuh mereka yang sedang melalukan intermittent fasting. Maka mereka akan mengalami rasa letih dan tidak bermaya sepanjang hari. 

Solusi : Kita perlu faham, yang tempoh makan itu bukan bermakna kita boleh makan apa sahaja. Kita perlu ada ilmu, bahawa walau apapun, tubuh kita tetap memerlukan vitamin, mineral, protein, karbohidrat secukupnya untuk berfungsi dengan baik. Jadi fokus kepada zat-zat penting ini ketika dalam tempoh makan dan buat pilihan yang terbaik. 

3- Makan banyak dan keterlaluan (binge eating)

Isu makan banyak dan keterlaluan ini boleh dihadapi bagi mereka yang melakukan intermittent fasting dalam tempoh yang panjang (20 jam ke atas) secara mengejut. Bermakna, mereka baru sahaja mula intermittent fasting, terus sahaja buat 20 jam atau 24 jam dan lebih. Dan apabila tempoh makan tiba, mereka akan makan dengan banyak dalam masa yang singkat dan "sumbat" apa sahaja yang diidamkan itu. Kerap kali juga mereka akan terus berhenti buat intermittent fasting kerana tidak tahan menanggung "cravings". 

Solusi : Mulakan intermittent fasting dengan cara paling mudah dahulu iaitu 12 jam. Berlatih selama beberapa hari untuk tempoh 12 jam, kemudian tambah menjadi 14- 16 jam. Selepas beberapa minggu menjalankan intermittent fasting 16 jam, kemudian tambah lagi menjadi 18- 20 jam. Beri masa untuk tubuh kita untuk menyesuaikan diri dengan jumlah jam berpuasa. Kemudian pilih jumlah jam intermittent fasting yang anda paling selesa untuk konsisten. 

4- Tekanan perasaan dan fikiran serabut 


Coach pernah diajukan dengan persoalan begini, kerana ada rakan-rakan Coach yang mengadu, mereka rasa tertekan dan fikiran jadi tidak tenteram ketika melakukan intermittent fasting. Ramai orang ingat mereka rasa tertekan sebab mereka rindu makanan, tetapi sebenarnya ada perubahan dalam tubuh badan yang mempengaruhi keadaan ini. Untuk wanita terutama, tubuh kita memerlukan protein pada waktu pagi sebagai mood booster. Jadi apabila kita tidak makan pada waktu pagi kerana sedang buat intermittent fasting, kita boleh merasakan fikiran jadi tidak tenang dan mood pun ke laut! Jadi apa kita nak buat?

Solusi : Jika anda mengalami masalah begini ketika intermittent fasting, anda boleh ubah waktu puasa dan waktu makan, supaya anda boleh bersarapan pada waktu pagi. Sebagai contoh, tutup waktu makan pada jam 4 petang, dan anda boleh bersarapan esok pagi pada pukul 8 pagi (16 jam intermittent fasting). Jadi anda berpeluang untuk memberikan bekalan protein yang menenangkan fikiran.

5- Metabolisme Tubuh Merosot

Kebanyakan orang yang mulakan intermittent fasting, mahu turun berat badan. Tetapi ramai pula kecewa apabila tidak dapat turunkan berat badan sepertimana yang mereka idamkan, Salah satu isu yang menghalang penurunan berat badan ialah apabila metabolisme tubuh merosot apabila mereka buat intermittent fasting. Punca kepada masalah metabolisme merosot ialah apabila tubuh tidak mendapat jumlah kalori yang cukup untuk tubuh. Dalam tempoh waktu makan, ramai orang tidak makan dalam jumlah. kalori yang cukup. Ada yang rasa cepat kenyang (salah satu kesan positif intermittent fasting) , jadi mereka tidak dapat makan dengan makan dan kalori yang mencukupi. 

Solusi : Untuk masalah begini, anda kena bijak memilih makanan yang cukup kalori tanpa menyebabkan anda jemu dan tidak boleh menghabiskan makanan yang tersedia. Elak makanan yang bergoreng supaya tidak rasa cepat muak, dan pilih makanan yang kaya dengan protein dan lemak sihat untuk memenuhi keperluan kalori yang mencukupi.

Coach selalu menekankan kepada rakan-rakan yang mahu memulakan intermittent fasting, agar melakukannya dengan ilmu yang cukup, dan bukan sekadar mengikut sahaja apa yang orang lain buat. Tanpa ilmu yang cukup kita akan menghadapi pelbagai masalah, termasuklah 5 keburukan intermittent fasting yang Coach kongsikan di atas. 




Ketahui Rahsia Mencapai Autophagy Ketika Intermittent Fasting


Tahukah anda, ada satu kelebihan intermittent fasting yang ramai orang tidak tahu, iaitu kebolehan tubuh mencapai AUTOPHAGY apabila berpuasa. 

Apakah autophagy?

Coach terangkan secara ringkas dan mudah ya. 

Autophagy adalah proses semualajadi tubuh yang berlaku semasa kita berpuasa. Ketika tubuh mencapai autophagy, tubuh kita mula buang toksin dan mula membina sel baru pada organ-organ seperti otak, jantung, hati, buah pinggang dan sebagainya. Dalam bahasa mudah, autophagy seperti proses kitar semula sel. Sel yang lama jadi baru, yang rosak diperbaiki. Autophagy ini dikaitkan dengan keupayaan tubuh untuk pulih selepas terkena penyakit-penyakit termasuklah penyakit kritikal seperti kanser dan sakit jantung.


Berapa lama kita perlu berpuasa untuk mencapai autophagy?

Apabila kita memasuki jam ke-18 berpuasa, tubuh akan mula memasuki fasa autophagy dan apabila mencecah 72 jam berpuasa, tubuh akan lebih laju menjalankan proses autophagy ini, meningkat kepada 300%.

Puasa Ramadhan Dan Proses Autophagy

Bagaimana pula dengan puasa Ramadhan, adakah ia boleh membantu tubuh mencapai fasa autophagy?

Jangan risau, sebenarnya PUASA RAMADHAN pun boleh bantu tubuh menjalankan proses autophagy dengan berkesan, dengan syarat kita menjaga kualiti makanan dengan memberikan tubuh nutrisi paling padu, dengan supplement terbaik yang mempercepatkan proses autophagy iaitu VIVIX.
Supplement Vivix mengandungi resveratrol, dan kajian mendapati resveratrol amat berfungsi untuk mencetuskan autophagy di dalam tubuh. Dalam satu lagi kajian, mendapati apabila amalan berpuasa bergabung dengan pengambilan supplement resveratrol, ia sangat bermanfaat untuk tubuh mencetuskan autophagy.

Bagaimana cara pengambilan Vivix dalam bulan Ramadhan? Coach mencadangkan 2 cara untuk mengamalkan Vivix di bulan Ramadhan.


Cara 1 : Ambil 1 sudu Vivix ketika bersahur atau,

Cara 2 : Ambil 1 sudu Vivix sebagai makanan pertama berbuka

Pengambilan Vivix ketika bersahur boleh menyokong tubuh untuk mengekalkan tenaga sepanjang masa berpuasa dan mempercepatkan proses autophagy bermula.

Pengambilan Vivix sebagai makanan pertama berbuka memberikan penyerapan terbaik resveratrol ke dalam sel untuk membantu proses baik pulih sel ketika memasuki proses autophagy.

Kesimpulan

Untuk memulakan amalan intermittent fasting, kita mesti ada sikit sebanyak ilmu tentang pemakanan dan fungsi tubuh badan. Ini dapat mengelakkan kita daripada menghadapi lebih banyak masalah kesihatan dan keliru kenapa kita tidak dapat hasil positif daripada amalan intermittent fasting seperti orang lain.

Amalan berpuasa bukan sekadar menyekat kalori tetapi memberi faedah yang amat besar kepada kesihatan tubuh badan, termasuklah kebolehan tubuh memulihkan sel melalui proses autophagy yang dikongsikan di atas. Coach ingin mengingatkan anda juga, jika kita sudah membantu tubuh melakukan "kitar semula sel" dalam fasa autophagy ini, usahlah kita "kotorkan" semula sel dengan makanan dan gaya hidup yang tinggi dengan toksin. Kalau tidak, bak kata orang Kedah, pi mai pi mai tang tu!

Lagi satu Coach suka ingatkan kawan-kawan, ambil supplement terbaik kalau buat intermittent fasting, kerana makanan semata-mata tidak dapat membekalkan protein, vitamin dan mineral secukupnya untuk tubuh. Kita tak mahu nanti berat badan memang turun, tapi kulit kusam, otot kendur dan emosi tak stabil, OH NO!

Coach teringat satu video oleh Dr Berg, yang menerangkan, selain berpuasa, ada banyak lagi cara lain kita boleh buat untuk bantu tubuh melakukan proses autophagy.



Antaranya cara lain untuk menggalakan autophagy termasuklah dengan tidur berkualiti, kerap melakukan senaman "strength resistant" dan aerobik, amalkan makanan yang kaya dengan EGCG (epigallocatechin gallate) seperti teh hijau, dan amalkan makanan yang kaya dengan polifenol - yang ini, Coach cadangkan Vivix lah apa lagi!

Coach berharap perkongsian kali ini memberi manfaat kepada anda yang membaca dan sebar-sebarkan kepada orang lain yang memerlukan maklumat ini.

Jumpa lagi dalam post akan datang ya!

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

----
Master Puteri @ Coach Gula
Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.
----
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.









Comments

  1. Info yang sangat bermanfaat sekali master. Terima kasih infonya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, semoga bermanfaat utk Nila :')

      Delete
  2. baru tahu kelemahan Intermittent Fasting. Memang kena kaji dulu baru boleh amalkan. Great sharing sis! tq sangat

    ReplyDelete
  3. Banyak perkara baru tahu lepas baca sharing coach ni. Terima kasih kongsi. Memang kena buat Intermittent Fasting dengan ilmu. Bukan ikut orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2. apa2 pun kena rajin menambah ilmu, tak rugi, utk diri kita jugak :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Kulit Kering

Assalamualaikum semua dan salam cukup manis :')  Hari ini kita dah pun masuk 14 Ramadhan, bermakna separuh bulan sudah berlalu, dan tak lama lagi kita akan menyambut Syawal. Kebiasaannya minggu ke-3 dan ke-4 Ramadhan orang akan "gear up" untuk persiapan Syawal seperti juadah raya dan baju raya. Tetapi ramai juga yang nak "kurus sebelum raya" dan "kulit cantik sebelum raya", betul tak? Untuk vitamin kulit supaya dapat kulit cantik berseri sebelum raya ni, Coach boleh tolong anda dapatkan penyelesaiannya, dengan harga rahmah mampu milik Insha Allah.  Masalah kulit kering di bulan Ramadhan  Antara masalah utama kulit kita di bulan Ramadhan, ialah masalah kulit kering.  Masalah kulit kering ini pula akan menyebabkan parut lambat pudar, dan lama kelamaan, kulit akan jadi kusam dan cepat berkedut. Kulit kering juga boleh menyebabkan mekap jadi tidak cantik seperti yang kita mahu. Jadi bayangkan selama sebulan kulit kita kering, mestilah menjelang raya nanti

Petua Hilangkan Jeragat Dengan Selamat

Apa itu jeragat? Jeragat ialah keadaan warna kulit yang menjadi lebih gelap, akibat penghasilan melanin yang berlebihan. Jeragat boleh terjadi pada satu tempat pada kulit, dan boleh juga merebak, dan bercantum menjadi kawasan jeragat lebih besar pada kulit. Keadaan kulit yang berjeragat menyebabkan warna kulit menjadi tidak sekata dan nampak bertompok-tompok.  Terdapat 3 jenis jeragat iaitu :  1- Sun spot/ tompok matahari Jeragat jenis ini adalah yang paling biasa kita lihat pada kulit wajah dan badan manusia. Jeragat ini terbentuk apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari dalam jangka masa yang lama, tanpa perlindungan seperti sun screen dan pakaian yang menutup kawasan kulit. Sebenarnya tompok matahari itu adalah tindakan kulit menghasilkan melanin supaya kulit terlindung daripada sinar uv matahari yang berbahaya.  2- Melasma  Melasma adalah sejenis "skin disorder" yang banyak terjadi kepada wanita berkulit gelap. Punca melasma yang paling biasa ialah akibat perubahan h

Bisnes Online Tanpa Modal Paling Popular Di Malaysia

Assalamualaikum dan salam cukup manis untuk semua pembaca yang masih setia menjenguk blog Coach Gula :') Hari ini Coach nak bercerita pengalaman Bisnes Online yang jadi "playground" Coach sejak tahun 2011. Sebenarnya pengalaman bisnes online Coach, hanyalah bersama-sama Shaklee. Jadi cerita yang akan Coach kongsi ni tak boleh nak banding dengan bisnes online yang lain. Cuma yang Coach nak bagitau siap-siap, walaupun hanya satu sahaja bisnes online yang Coach buat, hasilnya setakat ini sangat berbaloi-baloi, di luar jangkaan sebenarnya.  Alhamdulillah,  2023, tahun ke-12 kami bersama Bisnes Online Shaklee BERMULANYA DI SINI BISNES ONLINE KU... Pada tahun 2011, Coach mencari solusi untuk badan lebih cergas dan sihat ketika berpantang dan menyusu bayi. Sebelum itu, semasa anak pertama, Coach belum ada ilmu tentang supplement yang boleh bantu ibu-ibu berpantang dan menyusu. Idea nak mencari vitamin-vitamin ni sebenarnya daripada mak Coach sendiri. Mak kata, cari lah vitamin,