Sekiranya anda baru nak mulakan bisnes online, anda kena kenal 5 aplikasi wajib ini, yang boleh memudahkan anda untuk menjalankan aktiviti pemasaran setiap hari.
Aplikasi-aplikasi yang saya kongsi ini boleh didapati secara percuma dan sangat mudah digunakan.
1- Canva
- poster
- flyers
- kad nama
- brosur
- klip video
- logo
2- WhatsApp Business
Ramai orang kenal apa itu WhatsApp, tapi tidak semua orang tahu kelebihan menggunakan WhatsApp Business.
WhatsApp Business adalah aplikasi yang lebih mesra untuk pemilik bisnes online. Antara features yang menyokong aktiviti bisnes online di dalam aplikasi ini ialah :
- fungsi paparan profil perniagaan lebih jelas
- fungsi katalog untuk memaparkan produk jualan
- fungsi "quick reply" yang boleh ditetapkan sendiri
- fungsi label untuk tujuan mengkategorikan pelanggan
Memang teratur dan sistematik bila guna WhatsApp Business untuk bisnes online kita, berbanding aplikasi WhatsApp biasa. Jadi kalau anda belum lagi cuba WhatsApp Business, boleh lah mulakan hari ini.
3- CapCut
CapCut adalah aplikasi untuk edit video - dan paling best CapCut ada banyak template percuma untuk kita terus guna.
Bisnes online sekarang ini, tidak sekadar cukup dengan poster sahaja, video-video juga sangat penting untuk kita gunakan, bagi mencapai lebih ramai prospek di media sosial seperti di Reels dan Tiktok.
CapCut adalah aplikasi yang sangat mesra "newbie", malah anak-anak pun boleh edit video-video menarik. Sangat senang, jadi anda kena cuba ya!
4- Google My Business
Sekiranya anda ada premis perniagaan sendiri, samada di rumah atau di lot perniagaan, anda wajib kenal dengan aplikasi Google My Business.
Apabila kita mendaftarkan bisnes kita di Google My Business, ia memudahkan orang-orang berdekatan dan setempat "menemui" kita ketika mereka membuat carian di Google. Di aplikasi ini, anda boleh meletakkan alamat premis, produk dan servis yang ditawarkan, dan pelanggan boleh letak review untuk servis yang telah mereka dapat daripada anda.
Semakin tinggi rating, semakin popular bisnes anda di Google, dan semakin ramai prospek boleh menemui anda secara online. Best kan?
5- Kad Debit Wise
Sekiranya anda nak asingkan wang bisnes daripada akaun wang peribadi, saya suka cadangkan anda dapatkan kad debit Wise. Wise (dulu dikenali sebagai TransferWise) adalah kad debit antarabangsa dan kemudahan pelbagai matawang dunia.
Semua perbelanjaan berkaitan bisnes boleh dimasukkan ke dalam akaun Wise dan anda boleh monitor wang keluar masuk tanpa bercampur dengan akaun peribadi. Untuk bisnes online kecil-kecilan, kita selalu ada masalah duit bercampur ni kan? Jadi ini adalah solusi yang mudah untuk anda cuba.
Yang best tu kita boleh daftar secara percuma di online sahaja, tiada caj perkhidmatan dikenakan, boleh buat kiriman wang ke lebih 80 negara seluruh dunia, kadar tukaran matawang yang lebih baik, pengeluaran di ATM tanpa caj (sehingga RM1000) dan lain-lain lagi. Anda juga ada pilihan samada nak guna kad debit virtual (dengan aplikasi di telefon) ataupun kad debit fizikal.
>>> Buka akaun kad debit wise di sini
Bisnes online hari ini berkembang sangat pesat, ramai orang sudah ada bisnes online sendiri, baik tua, muda, pelajar, suri rumah, eksekutif, malah yang profesional juga ada bisnes online. Dengan adanya pelbagai aplikasi yang mudah digunakan, kita dapat mengembangkan lagi bisnes online kita, dan boleh bersaing dengan lebih baik.
Sertai bisnes Shaklee bersama kami hari ini!
Master Puteri @ Coach Gula WhatsApp : https://CoachGula.wasap.my Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online. ---- PENAFIAN : Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf. |
Comments
Post a Comment