Kita sering mendengar tentang kehebatan dan keajaiban doa seorang ibu. Sebagai wanita yang diberi rezeki untuk menjadi ibu, ambil lah kesempatan ini untuk belajar dan mengamalkan doa-doa hebat yang ada di dalam Al Quran dan juga yang diajar oleh Rasulullah S.A.W kepada kita. 1- Doa pemuda Ashabul Kahfi رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا Maksud : Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami. Doa ringkas ini amat bagus diamalkan oleh ibu dan juga diajar kepada anak-anak. Berikan pemahaman kepada anak-anak bahawa di dalam hidup kita ini, hanyalah dengan rahmat Allah sahaja, kita beroleh petunjuk dan kebaikan. Tanpa rahmat Allah, sukarlah kita nak mengharungi dunia yang penuh cubaan dan dugaan. 2- Doa Rasulullah ajar kepada Ibnu Abbas RA اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ Maksud : Ya Allah, berikanlah kepadanya kefaham...