Assalamualaikum rakan-rakan Cukup Manis :') Kurang dari sebulan, kita akan menyambut Ramadhan 1444H. Kejap aje kan masa berlalu, rasa happy pun ada nak berpuasa, tapi ada juga rasa sayu bila fikir lajunya masa, sempat ke nak buat itu ini. Tapi apa-apa pun kena juga buat perancangan, persiapan, supaya Ramadhan berjalan lancar Insha Allah. Macam biasa, setiap kali Ramadhan, Coach ada menu mudah, pantas dan berkhasiat ketika bersahur. Menu ni Coach dengan suami memang amalkan sejak kenal Shaklee, nak masuk tahun ke-11 dah, Alhamdulillah. Bagi Coach lah, untuk berpuasa Ramadhan, ada 3 perkara yang Coach pentingkan semasa bersahur : Pertama : Coach mahukan juadah sahur yang beri tenaga untuk berpuasa sepanjang hari. Kita nak uruskan keluarga, nak bekerja, nak solat terawih, nak bangun awal sahur, nak tahajud dan lain-lain. Semuanya memerlukan kecergasan betul tak? Berpuasa bukan alasan untuk kita lembik dan lesu. Kedua : Coach mahukan juadah sahur yang bo...