Semakin hari semakin ramai orang faham dan tahu tentang kebaikan probiotik kepada kesihatan tubuh badan. Kebaikan probiotik yang paling utama adalah untuk kesihatan usus, tetapi banyak kebaikan lain akan dinikmati oleh tubuh badan, terutamanya untuk sistem pertahanan tubuh. Apa itu probiotik? Probiotik adalah sejenis mikroorganisma hidup yang berada di dalam usus manusia. Ia juga dikenali secara umum dengan gelaran "bakteria baik". Ada 3 tugas utama bakteria baik iaitu menyeimbangkan bakteria dalam usus, menyihatkan sistem penghadalam dan mengukuhkan sistem pertahanan tubuh manusia. Jenis- jenis probiotik Terdapat banyak jenis probiotik yang menghuni usus manusia dan ada 3 jenis yang utama iaitu: 1 -Lactobasillus - ini adalah probiotik paling dikenali, dan ia boleh didapati di dalam makanan- makanan seperti yogurt, tempeh, kimchi dan pelbagai lagi makanan yang diperam. 2- Bifidobacterium - probiotik ini biasanya digunakan untuk merawat masalah- masalah usus seper...
Perkongsian kali ini membawa saya mengimbau kenangan lebih 12 tahun yang lalu. Ketika itu saya hamil anak kedua, dan mencari-cari produk untuk berpantang dan menyusu. Selepas bersalin anak pertama, saya ada menggunakan produk herba, sepanjang tempoh berpantang. Saya dapati produk yang saya guna tidak beri apa-apa kesan yang saya idamkan. Saya ambil masa hampir sebulan untuk pulih selepas bersalin secara c-section. Berat badan saya selepas bersalin ambil masa dekat setahun untuk kembali ke berat badan normal. Oleh kerana saya juga bekerja sepenuh masa ketika itu, saya mengalami masalah untuk mengepam susu yang cukup untuk bekalan anak ketika saya bekerja (saya berjaya mengepam dan direct feeding anak pertama selama 15 bulan, Alhamdulillah). Pengalaman anak pertama ini membuatkan saya mencari penyelesaian baru untuk anak kedua. Saya mahu pulih segera selepas c-section (anak kedua juga adalah planned c-section). Saya mahu berat badan kembali ke ber...