Apabila kita menyebut perkataan "kolesterol" mahupun kita dengar orang berbincang tentang "kolesterol", amat jarang sekali disebut hal-hal yang positif dan baik-baik. Kebiasaannya topik kolesterol akan terkait dengan kisah serangan jantung ataupun strok. Daripada sini bermula lah pelbagai tanggapan yang salah tentang kolesterol, sedangkan kolesterol adalah kurniaan Allah untuk tubuh badan manusia, supaya dapat berfungsi dengan baik. Malah, tanpa kolesterol, manusia tidak dapat wujud pun! Apa Itu Kolesterol? Kolesterol adalah bahan seperti lemak, yang terdapat secara semulajadi di dalam sel tubuh manusia. Jadi setiap satu sel kita ini, ada kolesterol, dan terdapat lebih 37 juta trillion sel di dalam tubuh manusia, yang membentuk organ-organ dan seluruh sistem tubuh kita. Untuk membentuk organ-organ daripada sel-sel ini, kita memerlukan kolesterol. Secara umumnya sel terdiri daripada 3 bahagian iaitu phospholipid, kolesterol dan protein. Kolesterol ini terletak pada...